Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20

Masyarakat perkasa, masyarakat yang menyumbang

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

REAKSI UCAPAN MENTERI MASAGOS DI PERJUMPAAN HARI RAYA MENTERI

Masyarakat perkasa, masyarakat yang menyumbang

Apr 21, 2024 | 05:00 AM



Pemimpin Melayu/Islam mengajak anggota masyarakat agar sama-sama membantu memperkukuh generasi akan datang, baik menerusi konsep kewarganegaraan mahupun dalam bentuk kewangan seperti usaha Wakaf Masyarakat Singapura (WMS).

Bercakap tentang WMS dalam ucapannya semasa Perjumpaan Hari Raya Menteri pada 19 April, Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, berkongsi bahawa sebuah Jawatankuasa Sementara untuk menyelia pelaksanaan WMS akan dibentuk.

Jawatankuasa Sementara WMS (WPC) itu akan dipengerusikan mantan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Bank of Singapore, Encik Bahren Shaari. Perincian mengenai jawatankuasa itu akan diumumkan kelak.







Encik Bahren berkata beliau berbesar hati dengan pelantikan itu dan teruja dengan tugas membantu membentuk WMS.

“WMS ialah satu inisiatif yang unik kerana ia bakal menjadi wakaf pelbagai aset yang pertama yang ditubuhkan Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) dan masyarakat Islam Singapura boleh memberikan sumbangan mereka secara sukarela, sama ada dalam bentuk wang tunai, hartanah, ataupun penamaan CPF.

“Saya alu-alukan peluang mempengerusi inisiatif bermakna ini dan berharap masyarakat dapat tampil menggembleng sumber-sumber yang ada bagi membina sebuah modal wakaf yang dapat menjana pulangan yang baik, demi memberi manfaat kepada masyarakat di masa hadapan,” ujar Encik Bahren.







Sejajar dengan itu, sebuah Kumpulan Kerja Perancangan Legasi Islam (ILPW) untuk mempertingkat sokongan kepada masyarakat dalam hal-hal perancangan harta pusaka, seperti membuat wasiat akan turut dilancarkan.

Anggota Parlimen (AP) GRC Chua Chu Kang, Encik Zhulkarnain Abdul Rahim, yang akan mengetuai ILPW berkongsi bahawa tanggungjawab sebagai ketua ILPW merupakan satu amanah bagi beliau.

Namun, ia juga tanggungjawab yang akan digalas oleh anggota kumpulan kerja demi memperkasakan masyarakat.







“Ini adalah satu warisan yang telah kita terapkan dari generasi nenek moyang kita dahulu yang telah mewakafkan hartanah dan harta mereka sendiri.

“Saya harap dengan adanya jawatankuasa sementara ini, masyarakat kita akan mendapatkan ilmu pengetahuan yang lebih mendalam tentang perancangan legasi mereka, ilmu faraid dan cara memperkasakan generasi yang akan datang.







Beliau turut menekankan kepentingan masyarakat Melayu/Islam di Singapura supaya mengambil bahagian secara aktif dalam mengumpulkan harta bagi generasi yang akan datang.

“Ia adalah sifat kewarganegaraan yang telah dikupas oleh Menteri semasa ucapan beliau.

“Kalau ‘kita tidak menjaga kita, siapa lagi yang akan menjaga kita’. Kita ingin membekalkan generasi akan datang dengan persiapan yang lebih utuh,” tambah Encik Zhulkarnain.

Pengerusi AMP Singapura, Ustaz Fathurrahman Dawoed, yang juga anggota Jawatankuasa Fatwa Singapura serta anggota Majlis Muis menyentuh tentang wakaf bersama Berita Minggu (BM) ketika diminta mengulas tentang WMS.







Katanya, terdapat beberapa cara untuk seseorang itu dapat memberikan harta mereka kepada masyarakat, antaranya sedekah, zakat dan sebagainya.

Wakaf ialah salah satu cara yang digunakan untuk memastikan bahawa harta yang diberikan itu berkekalan dan dapat dimanfaatkan oleh semua.

“Saya fikir, kalau kita ingin mengharapkan individu-individu tertentu sahaja untuk memberikan harta, mungkin kesannya tidak begitu besar.

“Jikalau kita sama-sama menyumbang, walaupun sedikit, lebih banyak harta dapat dikumpulkan untuk membantu masyarakat pada masa ini dan juga pada masa hadapan.

“Kita lihat sahaja pada zaman dahulu, cara bagaimana masyarakat Melayu/Islam dan bukan Melayu telah mewakafkan harta mereka dan kita masih melihat kesan yang baik dan positif daripada mereka sehingga kini,” kata Ustaz Fathurrahman.







Dalam pada itu, Anggota Parlimen Dilantik (NMP), Profesor Madya Razwana Begum, yang turut hadir semasa Perjumpaan Hari Raya Menteri, juga berkongsi bahawa sikap saling membantu dan menyumbang dapat memajukan bukan sahaja masyarakat Melayu/Islam malah Singapura secara keseluruhan.

“Sebagai masyarakat Melayu/Islam di Singapura, kita perlu mengambil tindakan yang aktif untuk membantu masyarakat kita. Dengan melakukan sedemikian, kita dapat menyumbang kepada kemajuan Singapura bersama,” kata Dr Razwana.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >