Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Jawatankuasa, Kumpulan Kerja dibentuk bagi perkukuh Wakaf Masyarakat S’pura

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Jawatankuasa, Kumpulan Kerja dibentuk bagi perkukuh Wakaf Masyarakat S’pura

Masagos: WMS dilancar Ogos, Bulan Wakaf untuk sokong masyarakat fahami perancangan harta pusaka
Apr 19, 2024 | 08:24 PM



Sebuah Jawatankuasa Sementara dan Kumpulan Kerja Perancangan Legasi Islam akan dibentuk untuk menyokong Wakaf Masyarakat Singapura (WMS) yang bakal dilancarkan pada Ogos 2024.

Jawatankuasa sementara itu akan dipengerusikan mantan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Bank of Singapore, Encik Bahren Shaari, sementara kumpulan kerja tersebut akan diketuai Anggota Parlimen GRC Choa Chu Kang, Encik Zhulkarnain Abdul Rahim, yang juga seorang peguam.

Ini diumumkan Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, semasa berucap di Perjumpaan Hari Raya Menteri 2024 pada 19 April.

Jawatankuasa sementara itu akan menyelia pelaksanaan WMS, sementara kumpulan kerja tersebut akan mempertingkat sokongan kepada masyarakat Melayu/Islam dalam hal-hal perancangan harta pusaka, seperti membuat wasiat, jelas Encik Masagos.

“Kami ingin menggalak masyarakat kita mengamalkan perancangan harta pusaka.

“Sementara mewakafkan sebahagian harta adalah untuk memenuhi keperluan jangka panjang keagamaan kita, kita juga boleh meninggalkan wasiat, yang juga adalah antara amalan penting yang perlu kita tunaikan sebagai orang Islam.

“Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) telah menetapkan bulan Ogos ini sebagai Bulan Wakaf, untuk menyokong masyarakat memahami lebih lanjut usaha ini,” kata Encik Masagos, yang turut mengumumkan WMS akan dilancar pada bulan tersebut kepada sekitar 300 tetamu di majlis itu.

Perjumpaan Hari Raya tersebut, yang diadakan di Conrad Centennial Singapore, turut dihadiri Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Encik Lawrence Wong; Menteri Kanan yang juga Menteri Penyelaras Keselamatan;  Encik Teo Chee Hean; Mufti Dr Nazirudin Mohd Nasir; serta pemimpin masyarakat lain.

Dalam ucapannya, Encik Masagos turut berkata masyarakat Melayu/Islam berada dalam kedudukan yang baik hari ini kerana keazaman kuat, kebijaksanaan kolektif dan kerja keras generasi terdahulu.

Oleh itu, masyarakat mesti terus merancang jangka panjang untuk masa depan mereka sendiri.

“Seperti nenek moyang kita, kita harus membuat perancangan lebih awal sebagai persiapan demi memenuhi keperluan masa hadapan. Kita perlu melakukan pelaburan awal supaya kita dapat mengembangkan aset yang ada,” ujarnya.

Beliau berkata masyarakat Melayu/Islam mempunyai sekurang-kurangnya $2 bilion dalam bentuk aset cair – jumlah ini dianggar berdasarkan pungutan zakat yang berjumlah sekitar $60 juta setiap tahun.

“Hakikatnya, jumlah nilai aset masyarakat secara keseluruhan sudah semakin tinggi. Saya telah mengusulkan penubuhan WMS untuk memanfaatkan kekayaan yang terkumpul dalam masyarakat kita.

“Dengan cara ini, ia akan membolehkan setiap orang menjadi ahli wakif dengan memberikan sumbangan kepada wakaf tersebut.

“Pulangannya pula akan menyokong pelbagai keperluan masyarakat secara meluas dan fleksibel, termasuk pembangunan asatizah kita,” ujar beliau.

“Sebagaimana generasi lalu telah memberi sumbangan bagi generasi seterusnya, kini peluang kita pula,” tambahnya.

Selain WMS, Encik Masagos juga menyentuh tentang usaha M Kuasa Tiga (M³) yang dibentuk lima tahun lalu.

Sehingga kini, M³ telah menjayakan pelbagai usaha, seperti program sokongan rumah tangga melalui Bersamamu, program pelibatan belia melalui inisiatif pementoran, program pendampingan keluarga di flat sewa menerusi Projek Dian@M³, program sokongan kepada bekas pesalah serta program meningkatkan tahap kesihatan melalui Saham Kesihatan.

“Kita bakal menyambut ulang tahun M³ yang kelima pada akhir tahun ini (2024).

“Ini adalah suatu peluang yang baik untuk menilai semula dan meraikan kemajuan masyarakat kita, sambil merakamkan penghargaan kepada semua yang telah tampil untuk berkongsi masa, bakat dan rezeki demi kemaslahatan masyarakat kita,” kata Encik Masagos.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >