Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Kumpulan kerja tiga pihak: Aturan kerja fleksibel tidak harus mandatori

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kumpulan kerja tiga pihak: Aturan kerja fleksibel tidak harus mandatori

Apr 23, 2024 | 05:53 PM



Aturan kerja fleksibel (FWA) tidak harus dijadikan mandatori kerana langkah menggubal undang-undang boleh mengakibatkan pertikaian dan budaya tempat kerja yang sengit, kata kumpulan kerja tiga pihak yang baru-baru ini umumkan garis panduan bagi permohonan FWA.

Dalam satu sidang media pada 23 April, kumpulan kerja tiga pihak itu turut menekankan bahawa FWA bukan sekadar merangkumi aturan kerja dari rumah, malah jenis aturan kerja yang lain seperti waktu kerja fleksibel dan beban kerja fleksibel.

Mereka mengulangi bahawa garis panduan yang diumumkan tidak menetapkan mana-mana model FWA tertentu kepada perniagaan dan majikan tetap mempunyai hak prerogatif memutuskan keputusan bagi permohonan FWA yang dikemukakan pekerja dan juga aturan kerja yang sesuai.

Kumpulan kerja itu – dipengerusikan bersama Menteri Negara (Tenaga Manusia), Cik Gan Siow Huang; setiausaha kehormat Persekutuan Majikan Kebangsaan Singapura (Snef), Encik Edwin Ng; dan penolong setiausaha agung Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC), Cik Yeo Wan Ling – berkata demikian dalam satu sidang media pada 23 April.

Garis Panduan Tiga Pihak mengenai Permohonan FWA itu telah didedahkan pada 15 April lalu, dengan semua majikan di Singapura perlu secara adil mempertimbangkan permohonan rasmi bagi FWA oleh pekerja mulai 1 Disember 2024 di bawah garis panduan itu.

Ia merangkumi panduan tentang permohonan rasmi bagi FWA dan proses menyerahkan serta menilai permohonan tersebut, namun tidak mengawal keputusan yang ditentukan majikan ke atas permohonan itu.

Namun, ia telah menimbulkan beberapa salah faham, termasuk bahawa garis panduan itu menetapkan pelaksanaan FWA, dan FWA hanya meliputi aturan kerja dari rumah. Ada juga yang anggap garis panduan itu bererti pekerja boleh memohon aturan kerja empat hari seminggu.

Encik Ng, yang hadir di sidang media itu, berkata garis panduan itu tidak menyokong aturan kerja empat hari seminggu dan majikan tetap mempunyai hak prerogatif memutuskan keputusan bagi permohonan FWA dan jenis FWA yang sesuai bagi perniagaan mereka.

“Ia bukan hanya tentang aturan kerja empat hari seminggu atau aturan kerja dari rumah kerana terdapat pelbagai bentuk FWA. Garis panduan tiga pihak itu memberi panduan dalam proses menangani permohonan sedemikian dan tidak menentukan keputusannya.

“Ia adalah satu alat mempermudahkan perbincangan (mengenai FWA) bagi memberi manfaat kepada kedua-dua pihak agar terdapat cara bagi permohonan ini dikemukakan,” kata beliau.

Encik Ng turut berkata garis panduan itu membolehkan perniagaan mengambil langkah proaktif dalam tangani cabaran tenaga kerja, termasuk menarik segmen individu, seperti penjaga dan warga emas, untuk memasuki alam pekerjaan.

Cik Gan berkata FWA juga bukan sekadar meliputi kerja dari rumah kerana garis panduan itu meliputi definisi luas FWA, termasuk aturan tempat kerja fleksibel, aturan waktu kerja fleksibel dan aturan beban kerja fleksibel.

“Ada salah faham bahawa FWA bererti kerja menjadi kurang. Ini tidak benar kerana produktiviti adalah penting. FWA boleh dilakukan dalam pelbagai bentuk, dan adalah penting bagi kerja fleksibel memberi manfaat kepada perniagaan agar ia mampan untuk jangka panjang,” kata beliau.

Menyentuh mengapa FWA tidak dijadikan mandatori, Encik Ng berkata ini boleh menyebabkan pertikaian dan menjejas keharmonian budaya di tempat kerja.

Sebaliknya, melaksanakan garis panduan itu “adalah pendekatan lebih baik yang membolehkan langkah lebih memudahkan dan memberi ruang kepada majikan untuk membina budaya pertubuhan lebih positif di tempat kerja,” tambahnya.

Snef akan bekerjasama dengan majikan melalui dua siri bengkel latihan, manakala kumpulan kerja itu juga akan mendekati pihak berkepentingan, termasuk NTUC, untuk berkongsi lanjut tentang garis panduan tersebut.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >