Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Kes rasuah: Bekas pegawai Muis didakwa ‘nasihati’ harga agar firma dapat projek

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kes rasuah: Bekas pegawai Muis didakwa ‘nasihati’ harga agar firma dapat projek

Apr 05, 2024 | 08:55 PM



Kes rasuah seorang bekas pengurus masjid dan seorang pengarah syarikat binaan melibatkan penyaluran keuntungan daripada kerja naik taraf bernilai $118,000 di Masjid Darul Aman.

Menurut dokumen mahkamah, ia khusus untuk digunakan sebagai modal bagi menubuhkan sebuah syarikat pelancongan yang dirancang kedua-dua lelaki itu.

Harga projek itu didakwa “dinasihatkan” oleh tertuduh, bekas pengerusi eksekutif masjid yang juga bekas pegawai Majlis Ugama Islam Singapura (Muis), Abdul Rahim Mawasi, kepada tertuduh kedua, pengarah syarikat binaan Zeal-Con Engineering, Mustaqim Kam @ Kam Hock Beng.

“Nasihat” itu diberikan untuk mencapai sebut harga paling rendah ketika proses bidaan dijalankan oleh masjid tersebut bagi mendapatkan kontraktor bagi kerja naik taraf dan binaan laluan berbumbung.

Mahkamah diberitahu $25,000 daripada hasil projek itu dirancang disalur kepada modal perniagaan pelancongan tersebut.

Demikian didedahkan dalam dokumen mahkamah pada 5 April, apabila Abdul Rahim, 57 tahun, disoal peguam belanya, Encik Satwant Singh, dan pihak pendakwa.

Dokumen tersebut adalah sebahagian daripada lima kenyataan Abdul Rahim yang direkodkan Biro Siasatan Amalan Rasuah (CPIB) ketika dia disoal siasat pada 15 dan 16 April, 7 Julai dan 14 Oktober 2021.

Menurut dokumen mahkamah, antara 15 dengan 27 Ogos 2018, Masjid Darul Aman menjemput bidaan terbuka daripada lima firma binaan bagi kerja naik taraf tersebut.

Selepas kesemua sebut harga diterima, Zeal-Con muncul dengan harga kedua terendah, dengan sebut harga sekitar $128,000, berbanding harga terendah oleh sebuah lagi syarikat, sekitar $125,000.

Antara 15 Ogos dengan 7 September 2018, Abdul Rahim didakwa memberi nasihat kepada Kam menerusi WhatsApp supaya mengurangkan harga yang ditawar Zeal-Con.

Menurut pihak pendakwa, Abdul Rahim berbuat demikian sebagai pertukaran baginya menerima saham dalam syarikat pelancongan yang mereka rancang.

Mengikut persetujuan mereka, Abdul Rahim tidak perlu menyumbang kepada modal $100,000 yang diperlukan untuk menubuhkan syarikat tersebut.

Sebaliknya, Kam akan menyalurkan keuntungan yang diraih syarikatnya menerusi kerja naik taraf masjid di bawah pengurusan Abdul Rahim kepada modal perniagaan pelancongan mereka itu.

Kerja naik taraf itu kemudian dianugerahkan kepada Zeal-Con pada 26 September 2018 pada harga $118,000.

Dalam sesi perbicaraan terdahulu, Encik Singh berkata anak guamnya mendakwa dia diancam pegawai siasatan CPIB pada hari dia ditahan pada 15 April 2021 supaya bersetuju dengan kenyataan tersebut tanpa diberi peluang membuat pindaan. Jika dia tidak bersetuju, dia akan ditahan.

Menurut Encik Singh, ketika anak guamnya memberi nasihat tersebut kepada Kam, dia tidak menyuruh Kam “membantu” atau “mengurangkan sebut harga” itu.

Abdul Rahim pada 5 April mendakwa pegawai siasatan CPIB yang menyoal siasatnya berkata kenyataan itu tidak boleh diubah, dan dia “berasa takut” kerana diberitahu jika tidak bekerjasama dia akan “ditahan lebih lama”.

Perbicaraan disambung pada 8 April.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >