Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Kerjasama Mendaki, Tanoto Foundation tingkat pendidikan awal

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kerjasama Mendaki, Tanoto Foundation tingkat pendidikan awal

Mar 09, 2024 | 06:36 PM



Yayasan Mendaki dan Tanoto Foundation menandatangani Memorandum Perjanjian (MOA) dua tahun untuk menyokong pendidikan awal kanak-kanak, program kepimpinan belia dan perjalanan pembelajaran ke luar negara.

Ketua Pegawai Eksekutif Mendaki, Cik Zuraidah Abdullah, dan Anggota Lembaga Pengarah Tanoto Foundation, Encik Benny Lee, menandatangani perjanjian itu pada 9 Mac di Mendaki@Punggol.

Menteri Negara Kanan (Pertahanan merangkap Tenaga Manusia) yang juga Timbalan Pengerusi Mendaki, Encik Zaqy Mohamad, menyaksikan majlis menandatangani perjanjian itu.

Dalam ucapan beliau semasa majlis tersbeut, Encik Zaqy menegaskan bahawa “kerjasama ini mengukuhkan lagi usaha Mendaki untuk mendekati dan membantu pelajar Melayu/Islam daripada pelbagai latar belakang.”

“Ia juga membuka lebih banyak pintu bagi pelajar teroka peluang pekerjaan serta kemahiran dalam sektor berkembang dan menanam minat untuk ceburi sektor tersebut pada masa akan datang,” tambah beliau.


Di bawah perjanjian itu, KelasMateMatika (KMM) kelolaan Yayasan Mendaki akan menerima sumbangan derma sejumlah $315,000 daripada Tanoto Foundation untuk tempoh dua tahun bagi menyokong kos operasi program tersebut.

Melalui sumbangan itu, seramai 450 keluarga akan meraih manfaat daripada KMM setiap tahun. 

KMM merupakan program yang memperkasa ibu bapa yang mempunyai anak prasekolah berusia empat hingga enam tahun dengan Pengalaman Pembelajaran Perantara (MLE) supaya mereka lebih yakin melibatkan anak-anak dalam pembelajaran konsep asas numerasi. 

Kerjasama antara kededua pertubuhan itu juga akan meningkatkan pembangunan pemimpin dengan memudahkan pertukaran antara belia daripada program kepimpinan dan biasiswa mereka.

Ini memberi peluang bagi peserta menyertai inisiatif untuk melakukan perkongsian silang pengetahuan, seperti program Beacon Tanoto Foundation dan Sidang Masyarakat Gemilang Mendaki.

Bakat kepimpinan muda dalam kalangan badan Melayu/Islam (MMO) daripada program Tunas Bersama M3 turut meraih manfaat daripada kerjasama itu melalui perjalanan pembelajaran.


Dengan sokongan Tanoto Foundation, golongan itu dapat meraih pemahaman lebih mendalam tentang cara organisasi menyokong masyarakat di kawasan mereka beroperasi dan bagaimana nilai berasaskan komuniti boleh dipromosikan dalam kalangan anggota mereka.

Semasa bertemu dengan Berita Minggu (BM), Encik Lee berkata:


“Melalui perkongsian ini, kami juga berharap agar kami dapat belajar antara satu sama lain – antara Tanoto Foundation dengan Mendaki – tentang cara kami menganjurkan program dan juga kaedah pengajaran yang kami gunakan, supaya kami dapat berkongsi silang dan menguatkan impak yang boleh kami bawa kepada masyarakat kita.”


Menurut beliau, kededua pertubuhan itu turut mempunyai matlamat yang sama untuk memartabatkan masyarakat melalui pendidikan.


Diasaskan pada 1981 oleh Sukanto Tanoto dan Tinah Bingei Tanoto, Tanoto Foundation ialah pertubuhan dermawan bebas yang percaya pada peluang yang sama melalui pendidikan berkualiti, memfokuskan pada mempertingkatkan persekitaran pembelajaran, memupuk pemimpin masa depan dan memajukan penyelidikan dan sains perubatan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >