Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Kepentingan permulaan awal

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kepentingan permulaan awal

Jan 28, 2024 | 05:30 AM



Dr Sharifah Mariam Aljunied
Profesor Madya Adjung di Jabatan Psikologi, Universiti Nasional Singapura

Kita tahu bahawa pendidikan awal amat penting terutama sekali bagi kanak-kanak daripada keluarga yang berisiko tinggi. Lebih 20 tahun lalu, para pemimpin masyarakat Melayu/Islam, termasuk Mendaki, amat prihatin akan kekurangan penyertaan kanak-kanak Melayu/Islam dalam program prasekolah. Apa yang lebih membimbangkan adalah segelintir daripada kanak-kanak ini memasuki Darjah 1 tanpa kemahiran asas yang diperlukan seperti kemahiran kenal huruf dan kenal angka.

Dahulu, jarang sekali ada program bimbingan awal Matematik khas untuk kanak-kanak Melayu/Islam. Lazimnya, kanak-kanak Melayu/Islam akan sertai kelas tuisyen. Akan tetapi, kelas-kelas ini kurang sesuai bagi menggalak perkembangan awal kanak-kanak.

Menurut kajian psikologi dan neurosains, cara yang paling berkesan dan berkekalan bagi membentuk kemahiran Matematik pada peringkat awal adalah dengan menggunakan pembelajaran bermakna (meaningful learning) dan pembelajaran menggembirakan (joyful learning). Ibu bapa juga digalak membimbing dan memantau pendidikan anak-anak mereka supaya mereka dapat berlatih dalam kehidupan harian, dan berasa lebih selesa serta yakin untuk mempelajari Matematik.


Program Maju Minda Matematika (Tiga M), sekarang KelasMateMatika (KMM), dibentuk khas dengan ciri-ciri pembelajaran bermakna dan menggembirakan. Ciri-ciri ini termasuk:

1. Tumpuan kepada latihan yang menajamkan minda;

2. Kegiatan-kegiatan yang berunsur permainan dan kegiatan harian di rumah; dan

3. Kegiatan-kegiatan yang melibatkan ibu bapa.

Ibu bapa, tidak kira apa jua latar belakang pendidikan, boleh menjadi pemaju minda Matematik anak-anak. Apa yang ibu bapa perlukan ialah latihan, bimbingan (coaching) dan bahan-bahan mudah.


Kaedah pembelajaran perantaraan ibu bapa ini bukanlah perkara baru. Ia adalah pendekatan yang telah lama diamalkan oleh berbagai-bagai masyarakat. Antara perintis terkenal kaedah ini ialah Professor David Tzuriel, dan mendiang Professor Ruben Feinstein. Saya berkesempatan mempelajari kaedah ini bersama Professor Tzuriel sewaktu saya di London.

Cabaran utama yang saya hadapi adalah memujuk ibu bapa supaya hadir sesi Tiga M. Ibu bapa sering mengadu sibuk bekerja, menjaga anak-anak atau tidak mempunyai pengangkutan ke sesi Tiga M. Hal ini semua boleh menjadi batu hambatan. Oleh itu, kami telah melakarkan beberapa strategi untuk mengatasi masalah ini:

– Sesi Tiga M dijalankan di kawasan bawah blok rumah mereka. Sesi Tiga M yang pertama telah diadakan di Boon Lay.

– Sesi Tiga M dijalankan pada hujung minggu apabila ibu bapa tidak bekerja.

– Kami telah menyediakan ruang rehat serta makanan ringan untuk ibu bapa dan anak-anak mereka.

– Pada akhir setiap sesi, ibu bapa yang hadir akan menerima baucar beli-belah sebagai habuan. Anak-anak pula akan pulang dengan bahan-bahan permainan Matematik yang dipelajari hari itu.

Satu lagi cabaran yang kami hadapi adalah mengolah kaedah pembelajaran ini agar sesuai dengan masyarakat Melayu/Islam di Singapura. Alhamdulillah, Professor Tzuriel banyak membantu kami dalam proses penyesuaian ini. Malah, beliau datang ke Singapura beberapa kali untuk memantau perkembangan Tiga M semasa dalam fasa perintis.

Kenangan yang tidak dapat saya lupakan:

* Apabila saya melihat para ibu atau suri rumah, yang dahulunya berasa takut akan Matematik, menjadi yakin dan suka bermain permainan Matematik bersama anak mereka.

* Apabila saya melihat para bapa kian terlibat dalam pembangunan anak-anak mereka menerusi kegiatan-kegiatan Tiga M.

* Apabila saya melihat ibu bapa menggunakan teknik pembelajaran menggembirakan dan memuji serta memberi maklum balas yang berkesan kepada anak-anak mereka. Suasana interaksi antara ibu bapa dengan anak-anak ini akan menjadi mesra dan riang.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >