Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Kecoh-kecoh Lebaran: Apabila saudara ketinggalan lif dan terpaksa turun seorang diri...

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kecoh-kecoh Lebaran: Apabila saudara ketinggalan lif dan terpaksa turun seorang diri...

Apr 11, 2024 | 05:55 PM



Sudah tentu setiap keluarga di sini yang sedang sibuk berjalan Raya bersama sanak saudara pada 1 Syawal pernah melalui masalah ini.

Ketika hendak turun atau naik ke rumah salah seorang saudara-mara kita, pastinya ada beberapa anggota keluarga yang tertinggal, mungkin sebab lif di blok itu tidak cukup besar untuk memuatkan semua orang ataupun kita terlepas pandang kehadiran mereka.

Justeru, pasti ada yang terpisah dan terpaksa menunggu giliran untuk naik ke tingkat yang diinginkan atau turun ke lantai pertama.

Merakam kekecohan kejadian seperti itu pada Aidilfitri ialah seorang warganet bernama fairydayah yang telah memuat naik klip video di TikTok yang telah mencatatkan lebih 370,000 tontonan dalam tempoh hampir sehari.

Video itu menunjukkan seorang ahli keluarga wanita, yang tertinggal di tingkat atas dan terpaksa menaiki lif seorang diri apabila yang lain sudah tiba di tingkat satu.

Dalam video 41 saat itu, kelihatan lebih 10 anggota keluarga beratur di depan lif tersebut untuk menunggu ketibaan wanita itu dan memberi kejutan kepadanya.

Apabila beliau akhirnya tiba di tingkat satu dan pintu lif itu terbuka, mereka memberi tepukan dan sorakan apabila wanita itu berjalan keluar dari lif tersebut dengan ramai kedengaran tertawa geli hati.







Ketika dihubungi Berita Harian, pemilik akaun TikTok tersebut, Cik Nur Hidayah Abdul Jalil, 32 tahun, berkata kejadian itu berlaku ketika keluarganya, yang berjalan Raya dalam kumpulan lebih 20 orang, baru sahaja tamat berkunjung ke rumah seorang nenek saudara di tingkat 13 sebuah blok di Fernvale pada sekitar 9 malam.


“Dekat blok itu ada dua lif. Jadi kita terpisah naik lif yang lain-lain. Tak tahu pula kakak saudara saya tu tertinggal di atas,” katanya.

“Bila dia lari nak masuk lif itu, pintunya dah tutup. Jadi dia kena tunggu lif naik balik dari tingkat satu sampai tingkat 13 seorang diri, sementara kita semua tunggu dia kat bawah,” jelas beliau lagi.

Sambil menunggu beliau, Cik Nur Hidayah memberitahu ayahnya bercadang agar semua orang memberi tepukan apabila saudara itu tiba di lantai satu.

“Ayah saya memang suka kacau-kacau orang,” seloroh Cik Nur Hidayah.

“Jadi kita pun beraturlah depan lif.

“Ada juga terfikir kalau orang lain yang keluar nanti malulah kita,” tambahnya lagi.

Cik Nur Hidayah berkata, terdapat tiga keluarga yang berjalan Raya pada hari pertama Lebaran itu.

Sementara itu, ramai pengguna di ruang komen di TikTok berkata mereka ingin menumpang seronok ketika melihat keluarga berbahagia seperti itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >