Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20

Hujan lebat serata S’pura, penerbangan di Changi terjejas

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Hujan lebat serata S’pura, penerbangan di Changi terjejas

May 04, 2024 | 07:17 PM



Hujan lebat di serata Singapura pada 4 Mei mencetuskan amaran banjir bagi sebahagian besar Singapura pada sebelah pagi dan menyebabkan beberapa penerbangan terjejas di Lapangan Terbang Changi.

Sekitar 10.35 pagi, agensi air negara PUB mengeluarkan amaran banjir di platform media sosial X dengan mengatakan bahawa hujan lebat dijangka berlaku di banyak kawasan dari 10.35 pagi hingga 11.20 pagi.

Dalam kenyataan mereka, PUB turut mengeluarkan amaran banjir kilat bagi beberapa kawasan termasuk Upper Paya Lebar Service Road dan Craig Road dari Duxton Road ke Tanjong Pagar Road.







Beberapa penerbangan yang sepatutnya berlepas dari Lapangan Terbang Changi turut tertangguh.

Penumpang penerbangan yang mendarat di lapangan tersebut pula perlu menunggu lebih lama hingga hampir dua jam untuk mendapatkan bagasi mereka.

Di Terminal 2, beberapa penumpang – daripada sekurang-kurangnya empat penerbangan – dilihat menunggu di kawasan tuntutan bagasi. Mereka termasuk penumpang yang tiba dengan penerbangan Singapore Airlines dari Dubai dan Munich.

Sementara itu, kakitangan Lapangan Terbang Changi juga turun padang untuk mengagihkan makanan ringan seperti minuman dan biskut kepada penumpang yang menunggu.


Jurucakap Changi Airport Group berkata proses pengendalian bagasi itu tertangguh disebabkan cuaca buruk dan amaran petir, yang memerlukan mereka mengutamakan keselamatan pekerja pengendali bagasi.







Dalam pada itu, pertanding golf, LIV Golf, yang sepatutnya bermula pada 9.15 pagi turut ditangguh dan hanya bermula pada 2 petang.

Dalam kenyataannya pada 2 Mei, Khidmat Kaji Cuaca Singapura (MSS) meramalkan hujan sederhana hingga lebat di beberapa bahagian Singapura pada sebelah lewat pagi dan tengah hari bagi kebanyakan hari sepanjang dua minggu pertama Mei.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >