Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20

Suhu 36.4 Celsius pada April tertinggi pada 2024

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Suhu 36.4 Celsius pada April tertinggi pada 2024

May 02, 2024 | 08:03 PM



Suhu yang mencecah 36.4 darjah Celsius di Paya Lebar pada 26 April, adalah yang tertinggi dicatat sejauh ini di Singapura pada 2024, menurut Khidmat Kaji Cuaca Singapura (MSS).

Singapura dijadual mengalami hujan pula, dengan MSS meramalkan hujan berserta guruh secara sederhana hingga lebat pada lewat pagi dan petang pada kebanyakan hari dalam dua minggu pertama Mei.

MSS menambah bahawa kemungkinan akan berlaku hujan berserta guruh yang meluas dengan angin kencang pada beberapa hari di sebelah pagi.

Orang ramai boleh jangkakan hujan turun melebihi kadar di kebanyakan tempat di Singapura semasa tempoh ini.

Suhu maksimum harian dijangka meliputi sekitar 33 dan 34 darjah Celsius pada kebanyakan hari, dan mungkin melebihi 35 darjah Celsius dalam beberapa hari apabila kurangnya awan yang melindungi.

Keadaan antara monsun yang bercirikan angin yang sedikit serta berubah, kelihatan seperti corak cuaca dalam dua minggu terakhir yang lalu.

Terdapat juga hujan berserta guruh di kebanyakan tempat di Singapura pada 16 April, dengan kadar hujan tertinggi yang turun setiap hari mencecah 95 milimeter di Pulau Tekong.

Separuh kedua April mempunyai suhu maksimum melebihi 34 darjah Celsius pada kebanyakan hari, kata MSS.

Sedang kebanyakan tempat menyaksikan hujan yang turun di bawah kadar biasa dalam separuh kedua April, Changi terkecuali dengan hujan turun dianggar 31 peratus melebihi kadar biasa.

Bagi ramalan cuaca harian, sila ke laman MSS di  www.weather.gov.sg, laman Agensi Sekitaran Nasional (NEA) di www.nea.gov.sg, atau muat turun aplikasi myENV.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >