Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Budak S’pura 5 tahun sedia takluki Khemah Induk Everest

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Budak S’pura 5 tahun sedia takluki Khemah Induk Everest

Apr 21, 2024 | 04:00 PM



“Saya tak rasa apa-apa”.

Demikian seloroh Abyan Imtiaz Irkiz Zikri apabila ditanya sekiranya dia gementar dan ghairah mengembara ke Khemah Induk Everest.

Anak kedua dalam kalangan tiga beradik berusia lima tahun itu bakal menempah nama dalam Buku Rekod Singapura sebagai warga Singapura termuda ke Khemah Induk itu sekiranya dia berjaya menjejakkan kaki ke sana.

Ia akan memecahkan rekod sebelum ini yang disandang Om Madan Garg pada Oktober 2022 ketika dia berusia enam tahun – Carter Dallas, warga Scotland, memegang rekod dunia sebagai pendaki termuda ke Khemah Induk Everest ketika berusia dua tahun pada Oktober 2023.

Dengan senyuman terukir di wajahnya, budak lelaki bersosok kecil itu berkongsi kepada Berita Harian (BH) ketika ditemui baru-baru ini bahawa dia tidak sabar memulakan perjalanannya.


Abyan bakal menempuhi pengembaraan tersebut bersama bapanya, Encik Zikri Ali, dan telah berlepas ke Kathmandu, Nepal, pada 20 April untuk memulakan perjalanan yang dijangka memakan masa 16 hari secara keseluruhan.

Jika semuanya berjalan lancar, mereka akan sampai ke Khemah Induk itu pada 1 Mei, tambah Encik Zikri.







Beliau berkata idea dan latihan bagi pengembaraan ini terpahat pada penghujung 2023 setelah melihat kesungguhan Abyan dalam aktiviti pendakian dan kembara berjalan kaki.

Malah dalam percutian bersama seluruh keluarga ke Nepal pada November 2022, beliau berkongsi bahawa Abyan dapat melengkapkan kembara berjalan kaki sejauh 12 kilometer tanpa mengeluh ketika mereka berada di wilayah Nagarkot.

Encik Zikri, 41 tahun, menjelaskan: “Kami melakukan beberapa aktiviti kembara berjalan kaki di sekitar kawasan itu di sepanjang laluan berpanorama.

“Jaraknya adalah sekitar 12 kilometer dan Abyan berjaya melalui seluruh jarak itu.

“Pada usianya yang begitu muda, dia sangat bersemangat, lebih-lebih lagi ketika berlatih. Dia dapat memahami bahawa dia perlukan latihan (intensif) untuk pengembaraan ini.


“Kami dapat lihat bahawa dia bersungguh-sungguh dalam latihan sehinggakan… ada kalanya dia hampir menangis (dalam latihan berintensiti tinggi) tetapi dia tidak akan berhenti.”

Intensiti latihan yang diterapkan kepada Abyan, ujar Encik Zikri, dilakar sendiri oleh beliau dan meningkat secara progresif agar anaknya dapat mengekalkan daya kecergasan di samping memperoleh rehat yang secukupnya.


Mereka berlatih empat hingga lima kali seminggu, tambah beliau, dan latihan merangkumi pelbagai aspek – pendakian tangga, kembara berjalan kaki untuk jarak jauh atau mendaki bukit di sini seperti di Bukit Timah.

Setelah hampir lima bulan berlatih – mereka mula berlatih sejak sekitar penghujung November 2023 – beliau yakin dengan kebolehan anaknya dan sedaya-upaya mempersiapkan segala aspek yang diperlukan untuk pengembaraan ke Khemah Induk itu.


Namun, beliau akur agak sukar mempersiapkan diri dari segi adaptasi ketinggian.

Oleh demikian, beliau mengajar teknik pernafasan melalui yoga dan menyiapkan alat ukuran oksigen pada badan bagi memantau tahap oksigen anaknya.

“Memandangkan ini adalah kembara besar, di mana saya akan bawa anak berusia lima tahun ke Khemah Induk Everest (terletak lebih 5,300 meter di atas paras laut), ada yang membantah idea ini kerana sedangkan bagi golongan dewasa, ia pengembaraan sukar.

“Saya pastikan kepada individu sedemikian bahawa saya telah mengambil langkah-langkah mitigasi sebaik mungkin seperti alat ukur oksigen dan ubat sakit ketinggian.

“Pengembaraan ini adalah peluang bagi pelajaran kehidupan jadi ini sesuatu yang tidak boleh dilepaskan,” tambah beliau.

Menurutnya, beliau telah membelanjakan hampir $10,000 untuk merealisasikan hajat anaknya itu dan menggunakan khidmat pengendali tempatan untuk urusan perancangan perjalanan di sana.

Encik Zikri menyifatkan hubungan beliau dan anaknya bertambah akrab dengan latihan yang dilalui bersama.

Hal sedemikian turut dikongsi si ibu, Cik War War Lwin Tun, 41 tahun yang menyifatkan perwatakan Abyan dan Encik Zikri menonjolkan persamaan antara satu sama lain.

Bahkan Abyan sendiri pernah menyatakan kepada beliau bahawa dia dapat lihat beberapa ciri yang ada pada dirinya, turut ditonjolkan oleh ayahnya – iaitu sifat kecekalan dan enggan menyerah kalah.


“Pada satu hari, dia memberitahu saya ‘Mama… lebih banyak saya berlatih dengan papa, saya lebih sedar sesuatu – papa adalah saya, dan saya adalah papa.

“Kenyataan itu amat mendalam dan berfalsafah, tetapi ia benar,” jelas Cik Lwin Tun, seorang usahawan dan jurulatih yoga.

Beliau berkata Abyan seorang yang aktif, suka memanjat dan gemar aktiviti luar – dalam kalangan adik-beradik, dia lebih cenderung kepada aktiviti luar.


Abyan sempat bercanda: “Saya suka panjat gril tingkap dan pintu.


“Saya kena marah dengan ayah apabila mula-mula berlatih (tetapi) saya rasa puas hati (dengan persiapan yang telah dilakukan).”




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >