Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

BH terbit filem pendek ‘Pesan Mama’; raikan semangat daya tahan, kekeluargaan sempena Lebaran

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

BH terbit filem pendek ‘Pesan Mama’; raikan semangat daya tahan, kekeluargaan sempena Lebaran

Apr 03, 2024 | 06:00 PM



Buat julung-julung kalinya, akhbar Berita Harian (BH) telah menerbitkan sebuah filem pendek sebagai antara kandungan yang disajikan akhbar ini sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri.


Filem bertajuk Pesan Mama itu menyerlahkan semangat daya tahan dan nilai-nilai kekeluargaan dan telah dilancarkan di wadah digital BH, termasuk laman BH.sg, akaun Facebook dan saluran YouTube Berita Harian Singapura.


Filem itu ialah hasil karya tulisan Penolong Editor Berita (Media Sosial), Cik Ervina Mohd Jamil, dan Wartawan Video, Encik Abdul Qayyum Sarip. Ia diarahkan oleh Encik Shaiful Reezal dari firma penerbitan setempat, Echo Entertainment. 

Para pelakon filem tersebut termasuk Fadhlur Rahman, Huda Ali, Hanie Bella dan Khal Satria.







Selain filem pendek, BH telah melancarkan lagu berjudul Rindu Kasih bagi mengiringi filem tersebut. Lagu itu ditulis dan dinyanyikan oleh penulis dan penyanyi mapan setempat, Didicazli, dan digubah oleh Ann Hussein.


Pesan Mama mengetengahkan perjalanan hidup pasangan suami isteri, Kahar dan Kasih, serta anak-anak mereka, Khairina dan Khairi.


Sedang Kahar cuba berdepan dengan keadaannya yang diberhentikan kerja sebagai pengurus logistik dan kesukaran mendapatkan pekerjaan baru dalam sektor yang sama, keluarga itu mendapati diri mereka berada di persimpangan.

Filem tersebut memaparkan ketabahan dan semangat daya tahan keluarga tersebut, yang saling memberi sokongan dengan kata-kata Kasih sebagai pembakar semangat bagi mengatasi cabaran yang melanda.

Mengulas penerbitan filem tersebut, Editor BH, Encik Nazry Mokhtar, berkata BH mendapat ilham menerbitkan filem Pesan Mama hasil daripada semangat warga Singapura dan masyarakat Melayu menangani cabaran demi cabaran ekoran pandemik Covid-19.


“Dengan kita kini membuat peralihan ke era pasca pandemik yang penuh dengan gangguan dan ketidaktentuan, adalah penting bagi kita semua mengambil iktibar dari daya tahan kolektif yang telah kita pamerkan sebelum ini.

“Menerusi filem pendek ini, matlamat kami adalah untuk menyemarakkan semula semangat daya tahan masyarakat kita, dan saling mengingatkan mengenai keupayaan kita menangani dan mengatasi cabaran bersama.

“Dengan menyerlahkan kekuatan yang boleh kita memiliki menerusi hubungan kekeluargaan pula, kami ingin memperkasa masyarakat untuk berani berdepan cabaran hari esok dengan keyakinan dan kesungguhan,” ujar beliau.

Tema daya tahan dan ketabahan dalam filem Pesan Mama ini sejajar dengan tema kandungan sempena Hari Raya Aidilfitri yang dihasilkan akhbar ini dalam edisi khas Aidilfitri pada 10 April nanti, yang boleh dinikmati di laman web dan akhbar cetak BH.


Di samping itu, BH juga telah menyediakan program sepanjang hari pada 1 Syawal yang boleh ditonton sepanjang hari di saluran YouTube akhbar ini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >