Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Awas penipuan pancing data baru guna grafik palsu Belanjawan 2024

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Awas penipuan pancing data baru guna grafik palsu Belanjawan 2024

Apr 24, 2024 | 06:40 PM



Sejenis penipuan pancing data baru yang menggunakan grafik maklumat atau infografik Belanjawan 2024 kononnya daripada Kementerian Kewangan (MOF) sedang disebarkan di dalam talian, kata polis dalam satu kenyataan pada 23 April.

Penipuan itu akan melibatkan kiriman mesej menerusi aplikasi kiriman teks, Telegram yang mengandungi grafik belanjawan tersebut.

Grafik itu yang turut mengongsi satu pautan atau link, akan membuat mangsa disalurkan ke satu laman yang meminta mangsa untuk mengesahkan kelayakan mereka menerima bantuan kewangan berbentuk bayaran tunai daripada pemerintah.

Mereka yang memasuki pautan itu akan diarahkan ke satu lagi laman palsu yang meminta mangsa untuk mengisi nama serta nombor telefon akaun Telegram mereka, kononnya untuk mengesahkan kelayakan mereka bagi bayaran bantuan pemerintah itu.

Mangsa yang mengisi maklumat tersebut dan menekan butang “verify” akan menerima notifikasi daripada Telegram bahawa satu peranti baru telah cuba mendaftar masuk akaun mereka.

Namun pada saat itu, ia sudah terlalu lambat untuk mangsa menghalang “pengguna baru” itu daripada mengakses akaun mereka sebab maklumat mereka telah pun didedahkan.

Infografik palsu itu kemudian akan dikongsi kepada pengguna Telegram lain dalam senarai kontak mangsa, dan mereka akan dimasukkan ke dalam kumpulan perbincangan atau “group chat” yang tidak diketahui dalam Telegram mengenai peluang pelaburan.

Polis memberi amaran bahawa MOF hanya akan menebarkan maklumat menerusi saluran rasmi sahaja.

Orang awam dinasihatkan agar sebarang makluman daripada MOF yang diterima menerusi SMS hanya akan memberitahu warga tentang faedah yang mereka bakal terima.

MOF juga tidak akan meminta orang awam untuk membalas sebarang kiriman SMS, atau meminta mereka klik sebarang pautan atau menyuruh penerima mesej itu untuk memberi sebarang maklumat.

Laporan jenayah tahunan dikeluarkan polis pada 18 Februari lalu, mendedahkan sebanyak 7,097 kes penipuan pancing data dilaporkan pada 2022, dan 5,938 pada 2023.

Mangsa penipuan tersebut, mengalami kerugian sebanyak $16.5 juta pada 2022, dan $14.2 juta pada 2023, kata polis.

Penipuan pancing data disenaraikan sebagai salah satu daripada 10 penipuan tertinggi di Singapura.

Polis menasihatkan orang umum supaya mengambil langkah berjaga-jaga.

Orang awam boleh mengamalkan langkah “ACT” iaitu menambah ciri keselamatan pada peranti masing-masing, membuat pemeriksaan terhadap tanda-tanda penipuan, dan membuat laporan kepada pihak berkuasa dan orang lain berkenaan penipuan.

Untuk maklumat lanjut mengenai penipuan, orang awam boleh melungsur laman www.scamalert.sg atau menghubungi talian cegah penipuan 1800-722-6688.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >