Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Anak Melayu Singapura ukir langkah kejayaan dalam bidang kewangan

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Anak Melayu Singapura ukir langkah kejayaan dalam bidang kewangan

Penuntut Melayu Islam menceburi bidang kewangan, ingin mengalakkan generasi muda turut sama
Apr 25, 2024 | 09:32 PM



Penerima pertama biasiswa GIC-Mendaki, Encik Abdullah Armain, telah diiktiraf sebagai ‘Individu Cemerlang’ sewaktu Perjumpaan Hari Raya Menteri 2024 atas sumbangannya kepada masyarakat.

Di acara tersebut, Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, mengetengahkan semangat dan keberanian individu-individu Melayu/ Islam demi mendirikan masyarakat yang terus kekal perkasa. 

Dalam aspek yang sama, belia berumur 21 tahun ini giat menabur bakti kepada masyarakat dalam melakukan kerja-kerja sukarelawan sejak di Sekolah Menengah Ngee Ann.

Setelah menyertai kerja sukarelawan di bawah inisiatif sekolah menengah beliau, mula terdetik dalam hatinya untuk sambung melakukan kerja murni itu bersama Mendaki dan hal ini telah meluaskan pengalaman beliau dalam berhubung rapat dengan masyarakat. 

Antara acara yang pernah beliau sertai dan masih beliau ingat sampai sekarang ialah penjualan beriani amal yang dijalankan oleh Mendaki di Masjid Wak Tanjong pada 2020.

Ia merupakan pengalaman yang amat membanggakan kerana beliau sendiri dapat berbakti kepada masyarakat dengan kerja keras beliau.

“Saya dapat lihat sendiri semangat gotong royong masyarakat. Walaupun kami diberi tugas-tugas yang berbeza, kami berkongsi matlamat yang sama, iaitu menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan,” Encik Abdullah berkata.

Kerja murni beliau tidak terhenti di situ. Beliau meneruskan kerja sukarelawannya selama tiga bulan di Transformative Justice Collective (TJC) yang ditubuh dengan misi untuk memansuhkan hukuman mati.


Sebagai seorang pengurus media sosial dan pereka grafik, beliau ditugaskan untuk menghasilkan grafik sebagai penjelasan bagi beberapa kes banduan yang dikenakan hukuman mati.

Kes pertama yang beliau tangani  merupakan kes yang melibatkan Syed Suhail yang telah diberkas pada Ogos 2011 akibat ditangkap mengedar dadah. Beliau telah menghasilkan kompilasi catatan yang ditulis oleh masyarakat untuk memberi kata-kata semangat kepada Syed Suhail sambil menimbulkan kesedaran kepada masyarakat umum.

“Sewaktu mengadakan kempen itu, saya tersentuh melihat orang-orang awam yang tidak mengenali Syed Suhail memberikan sokongan dan kata-kata perangsang buatnya. 

“Saya teringat juga seorang kanak-kanak yang menghantar satu lukisan buat Syed Suhail agar tidak berputus asa. Itu yang betul-betul menyentuh hati saya,” tambah Encik Abdullah. 

Sumbangan beliau demi berbakti kepada masyarakat telah membuat beliau seorang calon yang sesuai menerima biasiswa GIC-Mendaki, yang memberi platform kepada pelajar Melayu yang berminat untuk menceburi industri kewangan. 

Setelah menjadi graduan biasiswa GIC-Mendaki, penerima seperti Encik Abdullah, berpeluang untuk bekerja bersama Perbadanan Pelaburan Pemerintah (GIC) di bawah Program Profesional GIC (GPP)

Ketika beliau mengenang kembali pencalonan sebagai ‘Individu Cemerlang’, beliau dengan rendah hati mengucapkan rasa syukur sebagai Melayu/Islam yang berkesempatan berada dalam kedudukan unik kerana diberi peluang untuk bekerja bersama syarikat kewangan yang berprestij.

Beliau menambah bahawa pencalonan sebagai ‘Individu Cemerlang’ melambangkan perjalanan beliau yang masih jauh lagi, memandangkan individu-individu cemerlang yang lain telah memberi sumbangan yang lebih besar berbanding beliau. 

Melihat ke hadapan, beliau berharap kejayaan yang diperolehi menjadi inspirasi buat belia-belia Melayu untuk mendapatkan kerjaya dalam sektor kewangan sambil menyumbang kepada masyarakat.

“Saya harap satu hari nanti pencalonan saya ini dapat membantu memudahkan proses bagi masyarakat Melayu turut bekerjaya dalam sektor kewangan,” ujar beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >