Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Didikan sejak kecil dorong anak muda bantu golongan memerlukan

Apr 23, 2024 | 05:30 AM



Dalam dunia yang sering menumpukan pada gerak isyarat yang besar dan lantang, Cik Isdiyanah Puteri Kudsi Dulkifli, Ketua Program di Schneider Electric, percaya bahawa perubahan berkesan tidak semestinya datang daripada gerak isyarat dan aksi yang besar atau lantang.

Malah aksi kecil yang dilakukan secara diam-diam juga mampu memberi kesan dan perubahan positif.

Dibesarkan dalam persekitaran yang amat menghargai sokongan masyarakat, Cik Isdiyanah, 29 tahun, sentiasa terdorong untuk menyumbang kembali.

Sejak kecil, beliau dibekalkan dengan nilai baik yang mendidik dirinya untuk membantu golongan kurang bernasib baik, tidak kira sumbangan dan bantuan tersebut kecil atau besar.

Beliau telah terlibat secara aktif dalam pelbagai daya usaha masyarakat termasuk Rangkaian Profesional Mendaki dan menjadi sukarelawan di Rumah Budak Perempuan Singapura.

Beliau memberitahu Berita Harian (BH), ketika membesar, beliau telah menerima sokongan dan bantuan daripada masyarakat seperti daripada sudut bantuan kewangan dan bengkel pembangunan peribadi.


Justeru, Cik Isdiyanah menanam hasrat untuk selalu menyumbang kembali kepada masyarakat.

Salah satu sumbangan beliau selaku relawan adalah dengan menjadi ‘befriender’ atau pendamping di Rumah Budak Perempuan Singapura.

“Peranan saya adalah untuk berkawan dengan salah seorang gadis, memahami cara dia menyesuaikan diri atau mempunyai sebarang kesedihan, dan menjadi titik hubungan kepada dunia luar supaya dia boleh bersepadu dan bersosial dengan orang ramai,” kongsi Cik Isdiyanah yang memulakan kerja sukarela tersebut sejak April 2023 hingga kini.

“Melalui peranan ini, saya sentiasa belajar daripada golongan tersebut dan bagi saya, pengalaman itu sendiri sangat berharga bagi saya,” tambahnya yang sudah bekerja di syarikat Schneider Electric sejak 2018.

Di samping itu, Cik Isdiyanah juga adalah sebahagian daripada Rangkaian Profesional Mendaki dalam Kejuruteraan.

Pada 2023, beliau menganjurkan perjalanan pembelajaran ke Schneider Electric untuk memberi pandangan dan peluang berharga kepada bakal jurutera.

Beliau juga menjadi sukarela di Kelab Mendaki untuk menganjurkan sesi EXPLORE suku tahunan untuk pelajar sekolah menengah termasuk EXPLOREprofessions, EXPLOREself dan EXPLOREpathways, dan program bimbingan di bawah PEER.

Di antara kesemua kerja sukarelanya, detik yang tidak dapat beliau lupakan adalah apabila beliau dan rakan sebaya menjayakan daya usaha, Home Refresh, bagi membantu membersihkan rumah beberapa warga emas.

Ia merupakan satu inisiatif anjuran pasukan Schneider Electric WRC yang telah bekerjasama dengan badan amal, Blossom World.

“Melihat penerima bantuan menguntumkan senyuman lebar apabila melihat pintu pagar mereka dibersihkan dan dicat semula memberi kesan yang mendalam kepada saya.

“Ia mengesahkan kepercayaan saya bahawa gerak isyarat kecil mempunyai kuasa yang besar, mendorong saya untuk melibatkan diri dalam kerja sukarela apabila saya ada peluang.”

Cik Isdiyanah meluahkan harapan beliau untuk mengembangkan rangkaian kerjayanya dalam memahami bidang berbeza.

Beliau mahu mengembangkan penglibatan beliau dalam pelbagai daya usaha masyarakat bagi memberi inspirasi dan menyokong orang lain.

“Matlamat saya adalah untuk terus memupuk hubungan bermakna dalam masyarakat dan menyumbang kepada inisiatif yang membawa kepada perubahan positif.

“Saya percaya kerjaya saya sejajar dengan nilai dan matlamat saya. Ia juga secara semula jadi akan terikat dengan jenis khidmat masyarakat dan sukarela yang boleh saya lakukan,” ujarnya.

Beliau beriltizam untuk meneruskan kerjaya sambil menyumbang kembali kepada masyarakat dan memupuk amalan mampan demi masa hadapan yang lebih baik.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >