Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

361 pelajar dilantik sebagai Rakan Bahasa, lestari bahasa Melayu

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

361 pelajar dilantik sebagai Rakan Bahasa, lestari bahasa Melayu

Apr 19, 2024 | 06:03 PM



Seramai 361 pelajar Bahasa Melayu dari 182 sekolah telah dilantik sebagai Rakan Bahasa pada 2024 untuk mempromosikan penggunaan Bahasa Melayu dalam kalangan rakan sebaya dan keluarga mereka. 

Ia juga merupakan satu daya usaha yang memperkasakan pelajar untuk mendalami rasa kasih sayang dan membina keyakinan mereka dalam penggunaan Bahasa Melayu. 

Pelantikan mereka dirasmikan Pengerusi Jawatankuasa Bulan Bahasa, Encik Zhulkarnain Abdul Rahim, yang juga ahli Majlis Bahasa Melayu Singapura (MBMS). 

Majlis Pelantikan Rakan Bahasa 2024 itu berlangsung di Singapore Discovery Centre pada 19 April.

Lebih 300 tetamu menyaksikan pelajar itu melafaz ikrar Rakan Bahasa mereka dalam bentuk syair sebagai merasmikan peranan mereka.

Rakan Bahasa 2024 terdiri daripada 200 murid sekolah rendah, 145 pelajar sekolah menengah, 13 pelajar maktab rendah dan tiga mahasiswa universiti.

Semasa berucap di majlis itu, Encik Zhulkarnain menekankan pentingnya belia sebagai rakan bahasa kerana mereka merupakan “generasi pelapis yang akan terus menggunakan bahasa Melayu”.

Cara mereka menggunakan bahasa sekarang dan cara mereka menyebarkan rasa cinta terhadap bahasa Melayu, kata beliau, “menentukan masa hadapan bahasa ibunda”.

“Mereka melambangkan harapan kita semua agar bahasa ibunda terus digunakan, dihargai dan dikembangkan.

“Sebahagian daripada mereka akan menjadi individu-individu yang akan menerajui kegiatan bahasa Melayu di masa hadapan. Kita mesti terus menggalakkan dan memupuk potensi mereka,” kata Encik Zhulkarnain.

Mohamed Aydin Saha Mohamed Khaliq, pelajar Menengah 2 dari Sekolah Menengah Commonwealth, antara 361 pelajar yang dilantik sebagai Rakan Bahasa, akur tentang cabaran meyakinkan rakan sebaya mencintai bahasa Melayu kerana ramai yang lebih cenderung berbahasa Inggeris.

Namun, sebagai Rakan Bahasa, Mohamed Aydin Saha, bertekad “mendekatkan mereka dengan kegiatan dan rancangan berkaitan Bahasa Melayu agar mereka lebih mencintai Bahasa Melayu”.

Seorang lagi Rakan Bahasa dari Sekolah Menengah Commonwealth, Nur Alyaa Farzana Muhammad Hafiz, pelajar Menengah 2, turut berharap dapat mendorong rakan-rakan Melayunya lebih bertutur dalam bahasa Melayu.

Hadirin juga menyertai satu sesi latihan penulisan skrip yang dikendalikan Duta Bahasa, Cik Aidli Mosbit, seorang penulis drama, pelakon, pengarah teater yang telah memenangi pelbagai anugerah dan penerima Anugerah Artis Muda.

Melalui sesi itu, para Rakan Bahasa menerima bimbingan penulisan skrip yang menarik dan pelbagai pengetahuan seperti panduan berkaitan dengan intonasi suara.

Pengetahuan dan kemahiran diraih bakal membantu mereka dalam Pertandingan TeeVers, yang buat julung-julung kalinya bertukar kepada format drama audio pada 2024.

Dengan menggunakan wadah Vactors, para Rakan Bahasa harus menulis skrip sepanjang tiga minit dan menghidupkan skrip tersebut dengan lakonan suara mereka.

Pemenang bakal menerima trofi pasukan, pingat dan sijil.

Selain Pertandingan TeeVers yang bakal berlangsung pada minggu hadapan, program Rakan Bahasa lain pada 2024 termasuk Penterjemah Pintar pada Mei dan Kad Kembara Rakan Bahasa.

Kesemuanya bertujuan memupuk rasa cinta yang mendalam terhadap bahasa Melayu dan membina keyakinan bagi Rakan Bahasa untuk menggunakan bahasa ibunda.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >