Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

116 pemimpin pendidikan awal kanak-kanak dilantik bagi tingkat profesionalisme

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

116 pemimpin pendidikan awal kanak-kanak dilantik bagi tingkat profesionalisme

Apr 23, 2024 | 04:22 PM



Seramai 29 Felow Agensi Pembangunan Awal Kanak-kanak (Ecda) dan 87 Pakar Pedagogi dan Pakar dalam Pengajaran dan Pembelajaran (Pastel) telah dilantik pada 23 April.

Daripada jumlah tersebut, sembilan felow Ecda dan 66 Pastel merupakan pelantikan baru.

Ini merupakan ulang tahun ke-10 program Felow Ecda yang merupakan antara daya usaha utama agensi tersebut dalam mengiktiraf pemimpin sektor dalam kerjaya pendidikan awal kanak-kanak (EC) dan memperluas peluang mereka untuk membangun kerjaya.

Menurut Ecda, felow Ecda dipilih berdasarkan kepakaran yang mendalam dalam bidang penjagaan dan pendidikan awal kanak-kanak serta kepimpinan yang kukuh dalam membangunkan amalan bermutu bagi sektor tersebut.

Sepanjang sembilan tahun lalu, Felow Ecda telah menerajui 19 Projek Pelan Tindakan berasas Pertanyaan (Inquiry-Based Action Plan, atau Ibap) sambil memperkasa lebih 3,000 pemimpin EC dengan lebih daripada 200 bengkel pembelajaran dan sesi perkongsian.


Projek Ibap merupakan berasaskan bukti yang dimulakan, direka bentuk dan diketuai oleh Felow Ecda untuk membimbing dan melengkapkan pemimpin EC dengan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang EC tertentu.

Sementara itu sejak pelancaran Masyarakat Pembelajaran Awal Kanak-Kanak (ECLC) pada 2021 pula, kumpulan pertama 56 Pastel telah mendekati 260 pendidik melalui 540 jam perkongsian pengalaman dan kepakaran rakan sekerja.

Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Sosial dan Keluarga), Cik Sun Xueling, yang hadir sebagai tetamu terhormat pada acara pelantikan di Grand Copthorne Waterfront itu, berkata:

“Felow Ecda dan Pastel telah banyak menyumbang kepada peningkatan ketara dalam mutu kepimpinan sektoral dan pedagogi dalam sektor EC, seperti yang dibuktikan oleh barisan pemimpin yang kuat dalam program Felow Ecda dan ECLC.

“Saya memuji anda atas usaha untuk mencapai kecemerlangan kepimpinan, yang telah membantu meningkatkan kerjaya EC kepada profesion yang progresif dan memberi kesan.”

Cik Sun juga berkata ECLC akan diperluas daripada empat bidang tumpuan sekarang kepada enam bidang tumpuan.

Ini bagi memperdalam kemahiran pendidik dalam menyokong keperluan kanak-kanak yang pelbagai.

Dua bidang tumpuan baru ialah ‘Amalan Terangkum’ dan ‘Bahasa Ibunda’.

“Ini akan membuka lebih banyak peluang kepada pendidik kanan untuk memajukan amalan pengajaran mereka dan setelah itu menyumbang kepada sektor ini,” tambah Cik Sun.

Dalam pada itu, untuk memupuk perkongsian ibu bapa-prasekolah yang positif dan menarik lebih ramai pendidik bermutu ke sektor EC, Ecda akan melancarkan kempen tiga tahun ‘Empower Today, Shape Our Tomorrow’ (Perkasa Hari Ini, Bentuk Hari Esok) pada lewat 2024.

Ini berdasarkan kempen, ‘Shape Our Tomorrow’ (Bentuk Hari Esok), yang dilancarkan pada 2018 untuk meningkatkan kefahaman dan pengiktirafan masyarakat terhadap kerjaya EC.

Kempen yang diperbaharui itu bertujuan terus melibatkan ibu bapa, pemimpin EC, pendidik EC semasa dan masa depan.

Ia khusus untuk mencetuskan perbualan tentang kepentingan pembangunan holistik untuk kanak-kanak; peranan ibu bapa dan pendidik bagi perkembangan kanak-kanak; serta pengukuhan hubungan ibu bapa-prasekolah demi membentuk masa depan anak-anak.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >