Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Tharman calon terbaik, miliki aura pemimpin: Penyokong

Aug 22, 2023 | 07:37 PM



Berbaju merah keunguan seumpama warna manggis dan sedondon dengan payung yang dibawanya, Cik Hamidah Mohd Salleh dan beberapa lagi penduduk Taman Jurong sanggup “turun padang” dari bahagian barat Singapura ke ibu pejabat Persatuan Rakyat semata-mata untuk memberi sokongan kepada mantan Anggota Parlimen (AP) mereka, Encik Tharman Shanmugaratnam, yang kini bertanding sebagai calon presiden. 

Biarpun di bawah terik mentari, mereka tetap bersemangat, sabar menunggu selama lebih dua setengah jam untuk menantikan Encik Tharman ditampilkan sebagai calon presiden sempena Hari Penamaan Calon yang berlangsung di PA, berhampiran Stadium Jalan Besar.

Bagi Cik Hamidah, 50 tahun, seorang pemilik gerai makan, Encik Tharman ialah seorang AP yang “sangat baik”.

Encik Tharman ialah mantan menteri kanan dan menjadi AP GRC Jurong selama lebih dua dekad, antara 2001 hingga Julai tahun ini.

“Dia memahami rakyatnya dan itu yang membuat kami datang ke sini untuk menyokongnya. Kami mengucapkan selamat maju jaya kepadanya. Kami tahu dia akan dapat pergi jauh sebab dialah yang terbaik,” kata Cik Hamidah, yang tinggal di kawasan Taman Jurong selama 47 tahun.

Seorang lagi penyokong Encik Tharman yang ditemui Berita Harian ialah Encik Shahiful Bahari, berusia 50-an tahun.


Menurut beliau, seorang presiden Singapura mesti tahu bagaimana untuk menampilkan dirinya dengan baik, mewakili seluruh rakyat daripada pelbagai latar belakang semasa di dalam mahupun  di luar negara.

“Saya menyokongnya kerana dari sudut auranya, jawatan yang sudah dipegangnya dan secara keseluruhan, cara dia berbicara, yang agak jelas untuk difahami… Saya yakin dia boleh menang,” kata Encik Shahiful, yang juga anggota jawatankuasa eksekutif Kesatuan Pekerja Perusahaan Elektronik dan Elektrik (UWEEI). – ZULAIQAH ABDUL RAHIM




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >