Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Tharman azam satukan rakyat, perjuang masyarakat adil, inklusif

Harap pertandingan dapat dijalan dengan rasa hormat dan mulia
Aug 22, 2023 | 07:20 PM



Pilihan logonya – buah nanas – dianggap agak luar biasa.

Malah, keberadaan buah bersisik itu di ibu pejabat Persatuan Rakyat (PA) sempena Hari Penamaan Calon pada Selasa sememangnya menarik perhatian ramai.

Bagi calon presiden, Encik Tharman Shanmugaratnam, buah yang kaya vitamin C itu dipilih sebagai simbolnya untuk Pilihan Raya Presiden kerana ia “membawa pelbagai pengertian kepada semua masyarakat” Singapura.

Antara lain kata Encik Tharman, 66 tahun, nanas juga melambangkan kemakmuran dan kemurahan rezeki.

Seumpama nanas yang memberikan pelbagai manfaat kepada manusia, Encik Tharman juga berazam menjadikan dirinya sedemikian – sebagai pemimpin yang menyatukan rakyat Singapura, memperjuangkan sebuah masyarakat yang lebih adil, penyayang dan inklusif.

Mantan menteri kanan itu menambah, beliau berharap pertandingan bagi merebut jawatan nombor satu negara dapat dijalankan dengan rasa hormat dan mulia, di mana setiap calon bertanding memberi tumpuan kepada apa yang boleh mereka sumbangkan kepada warga Singapura dan masa depan negara.

Encik Tharman adalah salah seorang daripada tiga calon yang disahkah layak bertanding – bersama mantan ketua pegawai pelaburan badan pelaburan negara, GIC, Encik Ng Kok Song; dan mantan ketua pegawai eksekutif NTUC Income, Encik Tan Kin Lian, yang akan bertanding dalam Pilihan Raya Presiden.

Kelayakan ketiga-tiga mereka bermakna rakyat Singapura akan keluar mengundi pada 1 September ini.

“Saya bertanding bukan atas sebab kedudukan dan kenyataan baru, tetapi atas sebab tujuan yang telah saya lama pegang dalam hidup saya. Saya percaya pada masyarakat yang lebih adil, penyayang dan inklusif dan hidup saya didedikasikan untuk tujuan itu. Singapura boleh menjadi istimewa,” kata Encik Tharman kepada media, selepas berjaya dinamakan sebagai calon presiden.

Beliau sebelum itu telah memberikan ucapan selama dua minit kepada para penyokongnya yang hadir di PA selepas disahkan layak bertanding.

“Ia adalah masa depan kita yang kita harus bimbang, dan teman-teman, ia akan menjadi masa depan yang berbeza. Ia akan menjadi masa depan yang lebih sukar dan mencabar yang akan kita hadapi, itu sebabnya saya telah menyertai pertandingan ini untuk menawarkan semua pengalaman dan keupayaan saya selama beberapa dekad ini, di dalam dan di luar negara.

“Ini supaya saya dapat berkhidmat kepada warga Singapura dalam jawatan saya sebagai presiden, dengan seluruh jiwa saya untuk tahun-tahun mendatang,” katanya

Menyentuh tentang pemilihan buah nanas sebagai simbolnya, Encik Tharman menyebut “Ong lai!”.

‘Ong lai’ bermaksud nanas dalam bahasa Hokkien dan ia melambangkan kemakmuran dan nasib baik yang akan datang.

“‘Ong lai – ia adalah simbol yang baik dan mengalu-alukan untuk ramai orang – apabila kita berpindah ke rumah baru, apabila kita memulakan perniagaan baru, apabila kita mahu nasib baik dan perkara baik berlaku, ia adalah masa depan kita,” kata beliau.


Beberapa biji buah nanas juga kemudian dilihat diedarkan dalam kalangan penyokongnya.

Menjawab soalan mengenai komen Encik Tan sebelum ini pada Selasa, yang memberi bayangan bahawa Encik Tharman dan penyokongnya yang berada di belakang “kempen fitnah” terhadap Encik Tan, Encik Tharman berkata beliau gembira bahawa Encik Tan telah menarik balik cadangan itu.

“Ia sudah tentu bertentangan dengan semua yang saya wakili, yang telah saya katakan berulang kali – keperluan untuk memberi tumpuan kepada keupayaan calon untuk menyumbang kepada Singapura, mengelakkan sebarang bentuk kempen fitnah.

“Jelas sekali, saya tiada kaitan dengannya. Tetapi saya sangat pasti bahawa tiada sesiapa pun yang menyokong saya ada kaitan dengannya juga.”

Encik Tharman bakal mengadakan sesi temu mesra pada Jumaat ini di Pasir Panjang Power Station untuk berkongsi mengenai visi untuk jawatan presidennya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >