Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Bengkel percuma bagi pelajar tingkat kemahiran melukis, video

May 29, 2023 | 03:22 PM



PELAJAR yang ingin mengembangkan kebolehan dalam ilustrasi dan perbuatan video boleh mendapatkan panduan daripada pakar industri dalam sebuah bengkel percuma pada cuti sekolah ini.

Bengkel setengah hari itu akan diadakan pada 8 Jun, dari 11.30 pagi hingga 3 petang, di Auditorium SPH Media News Centre di Toa Payoh.

Peserta akan mendapat panduan daripada Cik Farzanah Friday, Pakar Audiens & Pertumbuhan daripada akhbar The Straits Times (ST), mengenai kemahiran yang diperlukan bagi mencipta video menarik, dan Encik Quek Hong Shin, yang berpengalaman dalam penulisan dan lukisan, tentang cara mencipta naratif visual.


Bengkel ini sebahagian daripada kegiatan mendampingi warga muda di bawah Future Forecast, sebuah pertandingan bercerita anjuran bersama syarikat pelaburan Temasek, dan ST. Pelajar daripada sekolah menengah dan institusi pengajian tinggi boleh menghantar esei pendek, ilustrasi atau video mengenai gambaran mereka tentang masa depan dalam 30 tahun, yang membawa hadiah $1,000.

Pemenang juga berpeluang menghadiri sebuah seminar yang dijalankan Temasek dan ST mengenai bagaimana dua syarikat ini menggunakan kemahiran bercerita bagi menyambung hubungan dengan orang ramai. Pemenang daripada institusi pengajian tinggi berpeluang bekerja bersama Temasek.

Bengkel itu menyediakan 20 hadiah, iaitu 10 bagi sekolah menengah, maktab rendah atau yang setara, dan 10 bagi institusi pengajian tinggi, seperti Institut Pendidikan Teknikal (ITE), politeknik dan universiti.

Peserta ‘Future Forecast’ boleh memanfaatkan panduan amali dan pengalaman langsung dalam seminar itu.

Cik Friday, 26 tahun, pencipta video bagi wadah media sosial ST, seperti TikTok, berkata peserta boleh belajar cara menyepadukan maklumat untuk paparan di media sosial dengan cara yang menyeronokkan dan menarik untuk meraih jangkauan meluas.

Beliau berkata: “Ada cara terbaik yang boleh digunakan dalam kandungan media sosial, untuk meningkatkan capaian mereka dalam TikTok.”

Encik Quek, 43 tahun, dikenali bagi seri warisan lukisan buku yang menggambarkan kanak-kanak daripada pelbagai kaum hidup dalam zaman era Singapura selepas merdeka. Buku kanak-kanaknya, ‘The Incredible Basket’, dianugerahkan hadiah Buku Gambar Kanak-Kanak Terbaik di Singapore Book Awards 2019.

Beliau berkata: “Saya akan sentuh tentang proses kreatif bagi seorang pencerita visual – daripada konsep, penyelidikan, dan lakaran, kepada penciptaan karya seni akhir. Peserta akan mengambil bahagian dalam reka bentuk watak dan menerima panduan tentang penciptaan seni perurutan.”

Pelajar yang ingin menyertai seminar ini boleh mendaftar di: http://str.sg/ff2023ws

Bagi maklumat lanjut tentang pertandingan Future Forecast, lungsuri laman futureforecast.sg atau str.sg/ff2023.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >