JIKA diterima, kain sarung akan menjadi antara bahan warisan Thailand.
Kerajaan negara itu dilaporkan merancang mendaftarkan kain sarung tradisional negara itu, dikenali sebagai pha khao ma, sebagai bahan warisan budayanya, dengan Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unesco).