Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Saingan dialu-alukan dalam Pilihan Raya Presiden: SM Tharman

Jun 11, 2023 | 03:53 PM



Menteri Kanan merangkap Menteri Penyelaras bagi Dasar Sosial, Encik Tharman Shanmugaratnam, yang mengesahkan bakal bertanding dalam Pilihan Raya Presiden akan datang, berkata beliau mengalu-alukan saingan dan tidak akan “berada dalam pasukan yang sama” seperti pemerintah sekiranya dipilih.

Encik Tharman, yang juga Anggota Parlimen (AP) untuk GRC Jurong, turut memberitahu media dalam majlis pembukaan rasmi ActiveSG Sport Village@ Jurong Town pada Ahad, bahawa kawasan itu akan berada dalam jagaan baik empat AP yang lain apabila beliau melepaskan jawatannya.

Encik Tharman, yang dilihat mesra berinteraksi dengan penduduk sambil juga mencuba sukan hoki bersama atlet pasukan negara pada pagi Ahad, berkata: “Kita harus melihat siapa yang akan tampil bertanding. Tetapi, saya pastinya memilih untuk mempunyai saingan.”

Sejak menyatakan hasratnya untuk melepaskan jawatan sebagai menteri kanan dan meninggalkan Parti Tindakan Rakyat (PAP) untuk bertanding dalam Pilihan Raya, Encik Tharman telah disebut-sebut oleh pengulas politik sebagai calon pilihan untuk mendapat undian ramai. Ada juga yang mengatakan bahawa popularitinya akan menghalang calon lain daripada tampil untuk  bertanding.

“Mempunyai saingan penting untuk saya. Saya lebih rela menang atau kalah dengan adanya pertandingan. Keseluruhan pendekatan saya adalah untuk tidak mengelak daripada pertandingan, ia sentiasa begitu. Itulah cara saya membuktikan diri saya,” ujar Encik Tharman lagi.

Memetik analogi bola sepak yang pernah digunakannya pada masa lalu, Encik Tharman menambah beliau akan lebih berperanan sebagai seorang pengadil jika dilantik presiden.

Ini berbanding menjadi “pemain pertahanan” dalam pemerintah buat masa ini.

“Mengenai bola sepak, saya bukan dalam pasukan sama seperti pemerintah apabila saya menjadi presiden. Saya mahu menjelaskan perkara itu,” kata beliau.

“Selama ini, fikiran saya adalah saya suka bermain pertahanan. Tetapi, saya bukan di dalam pasukan yang sama.”

Beliau juga menekankan bahawa beliau masih berkhidmat untuk pemerintah selama sebulan dan akan menumpukan pada kerja dan tanggungjawabnya.

Encik Tharman, 66 tahun, adalah calon pertama untuk menyertai Pilihan Raya Presiden.

Beliau telah memberikan dirinya sehingga 7 Julai untuk meninggalkan jawatannya dalam pemerintah dan melepaskan tugas sebagai AP untuk GRC Jurong. Beliau dilantik dalam Parlimen pada November 2002, dan telah dipilih semula empat kali sejak itu.

Mengenai GRC Jurong, Encik Tharman berkata AP lain dalam kawasan itu -  Setiausaha Parlimen Kanan (Kesihatan merangkap Undang-undang), Cik Rahayu Mahzam, Dr Tan Wu Meng, Encik Xie Yao Quan dan Encik Shawn Huang, akan mengambil alih tugasnya apabila beliau meletakkan jawatan.

Encik Huang akan menguruskan Sesi Bertemu Penduduk di Taman Jurong, selain kawasannya sendiri di Jurong Spring.

Baki tiga AP lain akan bergilir-gilir membantu dalam acara lain.

Encik Tharman, yang meluahkan rasa sedih untuk meninggalkan penduduknya, menambah: 

“Mereka akan dijaga dengan baik. Saya secara peribadi mengucapkan selamat maju jaya, sebagai sebuah keluarga dan seluruh masyarakat. Jurong akan menjadi okey.”

Setakat ini, tiada calon lain yang telah menyatakan hasrat mereka untuk bertanding dalam Pilihan Raya Presiden. 

Bagaimanapun, Encik George Goh, pengasas Harvey Norman Ossia, 63 tahun, telah dikatakan berminat, menurut laporan Today, namun sejauh ini belum tampil menawarkan dirinya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >