Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

S’pura hargai sumbangan P. Ramlee kepada negara: SM Tharman

Jawatankuasa silang agensi dibentuk bagi melestari sejarah dan sumbangan besar seniman legenda di sini
Jun 10, 2023 | 04:59 PM



Satu jawatankuasa silang agensi telah dibentuk bagi melestarikan sejarah dan sumbangan seniman legenda Allahyarham Tan Sri P. Ramlee kepada negara ini, kata Menteri Kanan merangkap Menteri Penyelaras bagi Dasar Sosial, Encik Tharman Shanmugaratnam pada Sabtu.

Jawatankuasa itu melibatkan Kementerian Kebudayaan, Masyarakat dan Belia (MCCY), Lembaga Warisan Negara (NHB), Lembaga Perpustakaan Negara (NHB) dan rakan masyarakat lain.

Ia akan mendekati orang umum tentang bagaimana untuk menjayakan usaha itu sebagai peringatan buat semua warga Singapura dan generasi mendatang dan apabila rancangan itu sudah ditetapkan, ia akan diumumkan kelak, katanya.

Encik Tharman mengumumkan demikian dalam ucapannya selaku tetamu terhormat majlis pecah tanah kerja naik taraf jalur budaya Geylang Serai di Wisma Geylang Serai (WGS).

Beliau juga menyanyikan lagu tulisan S. Sudarmaji dan nyanyian P. Ramlee, Getaran Jiwa kepada sekitar 80 hadirin pada majlis itu yang mendapat sambutan baik dan tepukan.


Dalam ucapannya, Encik Tharman menyifatkan P. Ramlee sebagai seorang ‘genius’, yakni mempunyai kepintaran luar biasa dan hasil karyanya bukan sahaja dinikmati masyarakat Melayu di sini tetapi juga masyarakat berbilang kaum negara ini.

“Baru-baru ini saya mengeluarkan catatan di Facebook (pada April) mengenai P. Ramlee dan terkejut melihat responsnya. Khususnya, ramai dari pelbagai latar belakang bangsa mahu kami (pemerintah) merekod legasinya secara tetap bagi generasi mendatang,” katanya yang akan meletak jawatan dan bersara daripada politik dan akan bertanding dalam Pilihan Raya Presiden akan datang.

Lantaran itu beliau telah membincangkan perkara ini dengan beberapa menteri dan pemerintah telah bersetuju berbuat demikian

“Legasi P. Ramlee seharusnya dianggap bukan sekadar satu titik dalam sejarah masa lalu, tetapi sebagai sebahagian sejarah budaya berbilang kaum Singapura yang berkekalan,” tambahnya.

P. Ramlee yang meninggal dunia di Kuala Lumpur pada usia 44 tahun pada 29 Mei 1973, merupakan pelakon, penyanyi, penggubah lagu dan pengarah filem yang telah membuat penampilan dalam 66 filem, mengarahkan 35 filem dan menggubah sekitar 250 lagu.

Encik Tharman berkata karya beliau istimewa kerana ia cerminan masyarakat pada konteks masa itu.

“Beliau telah membuat penontonnya terhibur dan menangis dan bagi mereka yang cukup tua mengingatinya... kisah geli hati dan pilu dihasilkannya menyentuh tentang kisah orang-orang biasa,” tambahnya.

“Jadi terdapat sentuhan sosial dalam apa yang dihasilkannya termasuk komedinya. Beliau benar-benar seorang yang istimewa.”







Melancarkan kerja naik taraf di Geylang Serai, Encik Tharman bersama Menteri di Pejabat Perdana Menteri, merangkap Pengerusi Jalur Budaya Geylang Serai, Dr Mohamad Maliki  Osman, telah melakukan acara pecah tanah di kawasan dekat persimpangan Geylang Road dengan Joo Chiat Road.

Antara kemudahan dipertingkat yang dijangka siap suku ketiga 2024, adalah ciri mesra pengguna sekitar kawasan itu, reka bentuk menarik di Pasar Geylang Serai dan Joo Chiat Complex serta gerbang berciri kemelayuan di simpang tersebut.

Encik Tharman menyifatkan kerja naik taraf di Geylang itu sebagai “mengembalikan zaman kegemilangannya”.

“Ia adalah satu projek penting... bukan sahaja bagi komuniti Melayu Singapura, sebab Geylang Serai adalah satu titik di mana pelbagai sejarah yang menyumbang kepada perkembangan Singapura telah berlaku. Ia adalah cerminan mikro masyarakat berbilang budaya Singapura,” katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >