Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Peluang menaiki kenderaan udara RSAF dan melihat aset terbarunya

Rumah Terbuka RSAF kembali pada Sep sempena ulang tahun ke-55 angkatan

Jun 08, 2023 | 06:38 PM



Orang ramai berpeluang menaiki kenderaan Angkatan Udara Republik Singapura (RSAF) seperti helikopter Chinook serta melihat aset pertempuran udara terbarunya apabila Rumah Terbuka RSAF kembali selepas tujuh tahun pada September ini, sebagai sebahagian sambutan ulang tahun ke-55nya.


Acara itu akan diadakan pada hujung minggu cuti sekolah, iaitu 9 hingga 10 September, di Pangkalan Udara Paya Lebar dan dijangka menerima hingga 250,000 pengunjung, kata penganjur dalam satu sidang media pada Khamis.

Kali terakhir Rumah Terbuka RSAF diadakan secara fizikal ialah pada 2016. Pada 2021, RSAF mengadakan sebuah rumah terbuka secara maya yang menampilkan pelbagai ciri pertunjukan tiga dimensi dan permainan video.

Menurut penganjur rumah terbuka 2023, pengunjung akan mendapat peluang melihat pertunjukan statik jet pejuang dan sistem pertempuran udara seperti F-15SG dan Sistem Misal Aster 30 serta melihat pertunjukan keupayaan pertempuran udara RSAF sewaktu acara tersebut.


Mereka yang berminat menaiki kenderaan RSAF harus membuat undian untuk mendapatkan slot penerbangan.

Undian itu akan dilancar pada Julai, menurut penganjur, yang berkata maklumat lanjut berkaitan Rumah Terbuka RSAF akan diumumkan kelak.

Acara itu adalah sebahagian daripada sambutan ulang tahun ke-55 RSAF tahun ini, yang bertemakan slogan ‘Mempertahankan Ruang Udara Kita, Menjamin Masa Depan Kita’.

Acara lain termasuk sebuah pertunjukan udara yang dipertingkat mengenai aset udara RSAF yang akan berlangsung semasa Perbarisan Hari Kebangsaan (NDP) 2023, pelancaran logo RSAF55 pada ekor jet pejuang F-15SG, pelancaran sebuah buku kanak-kanak RSAF dan acara Perbarisan RSAF55 di Pangkalan Udara Tengah pada 1 September, umum Kementerian Pertahanan (Mindef) pada Khamis.


RSAF juga akan melancarkan kempen kemasyarakatannya, RSAF Cares, pada Jun apabila pegawainya akan menyertai pelbagai kerja kemasyarakatan selaras pergerakan #GiveAsOneSG, sebuah inisiatif bersama Jawatankuasa Eksekutif NDP 2023 dan Pusat Relawan SG Cares.

Bagi pertunjukan udara yang dipertingkat semasa NDP 2023 di Padang, penonton berpeluang melihat beberapa aset terbaru RSAF, seperti helikopter kargo sederhana H225M dan helikopter Chinook terbaru, model kargo berat CH-47F.


Pertunjukan tradisional seperti Terbang Lalu Bendera di kejiranan tempatan melibatkan helikopter Chinook dan dua helikopter serangan Apache serta terbang lalu rentas pulau melibatkan gabungan jet pejuang F-15SG, F-16 dan pesawat Pengangkutan Tangki Pelbagai Peranan (MRTT) A330 turut diadakan.


RSAF berkata ia berharap pertunjukan ini dapat menunjukkan kemajuan angkatan itu sejak permulaannya pada 1 September 1968 dan mendekati rakyat sempena sambutan ulang tahun negara.

Pada Khamis, RSAF juga mendedahkan logo dan slogan ulang tahun ke-55-nya, yang menunjukkan kemajuan angkatan itu dengan melambangkan perubahan daripada jet pejuang pertamanya, Hawker Hunter, kepada jet pejuang paling canggih semasanya, F-15SG.


Slogan ‘Mempertahankan Ruang Udara Kita, Menjamin Masa Depan Kita’, yang menunjukkan misi teras RSAF dalam mempertahankan negara ini serta peranannya dalam memajukan negara dan membina masa depan yang dikongsi rakyat Singapura.







Sebuah logo RSAF 55 turut dicetakkan di ekor sebuah pesawat F-15SG di Pangkalan Udara Paya Lebar pada Khamis yang menunjukkan kemajuan dan perjuangan RSAF mencapai kecemerlangan serta komitmennya mempertahankan negara ini.

Sementara itu, Kempen RSAF Cares berharap dapat menawarkan usaha yang lebih menyelaras bagi menyumbang balik kepada masyarakat serta mengumpul dana bagi membantu golongan yang memerlukan.

Ini termasuk aktiviti membersihkan sekitaran pantai, pengumpulan darah serta kerja amal.

“Kami berharap dengan aktiviti-aktiviti ini, warga Singapura akan mendapat lebih banyak peluang untuk mengetahui lebih tentang RSAF dan juga para anggota dan pegawai kami yang tidak sabar ingin mengongsi kisah mereka semasa bertugas di RSAF,” kata Ketua Staf (Staf Udara), Brigadier Jeneral Chan Ching Hao.

“Tahun ini saya juga kira, kami ingin menyahut seruan negara untuk membina masa depan yang dikongsi antara rakyat Singapura dengan menyepadukan usaha kemasyarakatan kami dan menyumbang balik kepada masyarakat. Dan peluang ini tidak terhad antara pegawai sahaja, tetapi juga melibatkan keluarga-keluarga para anggota dan pegawai kami untuk lebih mendekatkan diri kepada masyarakat kami.”




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >