Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Ringgit jatuh: Ramai warga S’pura tukar duit jelang cuti sekolah

Ringgit Malaysia cecah rekod terendah baru RM3.42 berbanding dolar Singapura pada Khamis
May 26, 2023 | 06:02 PM



ORANG ramai berpusu-pusu menukar dolar Singapura ke ringgit pada pagi Jumaat setelah mata wang Malaysia itu merosot ke paras terendah dalam sejarah pada Khamis.

Beberapa pengurup yang dihubungi Berita Harian berkata keadaan itu mungkin berterusan bagi beberapa hari akan datang sedang mereka yang telah membuat rancangan bercuti ke Malaysia sempena cuti sekolah ini mengambil kesempatan kadar pertukaran yang menarik itu.


Pemilik syarikat Clifford Gems & Money Exchange, Encik Mohamed Rafeeq Mohamed Yusoof, berkata beliau menjual ringgit pada kadar RM3.365 bagi setiap dolar Singapura sekitar tengah hari Jumaat, turun sedikit daripada RM3.37 bagi setiap dolar yang ditawarkan pada sebelah pagi.

“Ramai betul orang datang tukar duit pagi tadi. Mereka sudah dengar berita dan datang awal untuk tukar,” kata Encik Mohamed Rafeeq.

Selain daripada kadar pertukaran yang menarik itu, Encik Mohamed Rafeeq berkata ramai orang menukar dolar ke ringgit pada Jumaat adalah perkara biasa kerana mahu ke Johor Bahru pada hujung minggu untuk mengisi minyak kenderaan dan berbelanja.

Dengan cuti sekolah bulan Jun juga bakal menjelang, lebih ramai orang juga mengambil kesempatan menukar duit, katanya.

Beliau menganggarkan kadar pertukaran di kedainya kekal pada RM3.365 bagi setiap dolar Singapura hingga Ahad dan tidak menjangkakan kadar itu akan naik lagi dalam masa terdekat ini.

Pemilik Iliyas Trading, Encik Mohamed Iliyas, berkata beliau menjangkakan kadar pertukaran akan kekal agak tinggi pada Jumaat dan Sabtu, dan permintaan bagi ringgit akan terus meningkat dengan ramai orang merancang bercuti ke negara jiran itu semasa cuti sekolah ini.

Sementara itu, pengurup wang JC Global di stesen MRT Paya Lebar menjual ringgit pada kadar RM3.34 bagi setiap dolar Singapura, turun sedikit daripada RM3.37 pada Khamis.

Ringgit Malaysia mencecah rekod terendah baru RM3.42 berbanding dolar Singapura pada Khamis di tengah-tengah kebimbangan yang semakin meningkat terhadap kebuntuan siling hutang Amerika Syarikat dan prospek ekonomi China yang lebih lemah.


Ringgit telah jatuh hampir 4 peratus sejak awal tahun apabila ia mempunyai kadar RM3.29 bagi sedolar Singapura pada 1 Januari.

Ringgit juga melepasi paras 4.60 berbanding dolar Amerika untuk didagangkan pada RM4.63 pada Khamis, sedang dolar Amerika terus meningkat disebabkan oleh jangkaan bagi satu lagi kenaikan kadar faedah di Amerika.

Pakar ekonomi menjangkakan trend menurun akan berterusan dalam jangka pendek disebabkan oleh penghindaran risiko dan sentimen negatif keseluruhan pasaran terhadap mata wang itu.

Ketua ekonomi dan kewangan sosial Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid, berkata kebuntuan siling hutang Amerika telah menjejaskan pelbagai mata wang Asia, dengan ringgit menerima kesan paling teruk.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >