Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Projek masyarakat Reben Kuning dipertingkat untuk perkukuh sokongan bagi banduan

Nov 10, 2023 | 06:59 PM



Projek Masyarakat Reben Kuning (YRCP) akan dipertingkatkan pada 2024 untuk mengukuhkan sokongan kepada bekas banduan serta memberi latihan lebih baik kepada sukarelawan.

Tiga perkara yang akan dilaksanakan adalah memperdalami kerjasama dan perkongsian untuk menggerakkan sumber komuniti dengan lebih baik; menggalak sukarelawan YRCP untuk mengamalkan peranan sebagai pendamping untuk jangka masa panjang; dan meningkatkan latihan bagi sukarelawan YRCP.

Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara), Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim berkongsi butiran pelan itu semasa acara penglibatan media Reben Kuning pada Jumaat.

“Dengan adanya sokongan yang lebih meluas – lebih ramai para sukarelawan dan juga latihan yang diberikan dan organisasi yang kita akan bekerjasama juga akan tambah – saya yakin ia akan memberikan sokongan yang lebih mendalam kepada para banduan kita serta keluarga mereka, dan kita harap mereka boleh meneruskan kehidupan mereka dengan lebih panjang dengan ahli keluarga mereka.

“Ini adalah lebih baik bagi mereka dan kami mahu mereka membangunkan kehidupan mereka dengan lebih positif dan demi kemaslahatan diri mereka dan keluarga mereka,” kata Dr Faishal.

YRCP ialah inisiatif akar umbi yang menyediakan sokongan dan bantuan proaktif kepada keluarga banduan.

Bermula pada September 2010, sukarelawan akar umbi yang terlatih melawat keluarga banduan yang baru dipenjara untuk menawarkan sokongan dan bantuan sosial kepada mereka, menghubungkan mereka dengan rangkaian sokongan sosial yang berkaitan untuk bantuan kewangan, sokongan kerja kes keluarga dan menangani keperluan kebajikan lain.

Sejak 2010, kira-kira 1,100 sukarelawan akar umbi telah mengambil bahagian dalam YRCP, dan menjangkau lebih 22,000 keluarga banduan di seluruh pulau. Kira-kira 5,000 keluarga banduan baru dirujuk kepada YRCP setiap tahun.

Usaha mempertingkatkan YRCP diumumkan secara rasmi oleh Menteri Perhubungan dan Penerangan, Cik Josephine Teo, semasa majlis makan tengah hari Anugerah YRCP pada Sabtu lalu.

Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan oleh YRCP, usaha itu akan dicapai melalui peningkatan kesan oleh sukarelawan YRCP, meningkatkan latihan dan keupayaan sukarelawan serta memperdalami kerjasama dan perkongsian.

Sukarelawan YRCP, pakar dalam mengukuhkan dan menyokong keluarga yang terjejas akibat pemenjaraan, digalakkan untuk berkawan dengan keluarga terjejas untuk tempoh masa yang lebih lama dari peringkat awal penjagaan, dan dalam beberapa kes, meneruskan perjalanan bersama banduan dan keluarga mereka selepas dibebaskan.

Dalam meningkatkan latihan dan menyediakan sukarelawan YRCP, Perkhidmatan Penjara Singapura (SPS) akan menguruskan pakej latihan. Pakej latihan menyediakan latihan untuk sukarelawan, memastikan sukarelawan YRCP dilengkapi dengan keupayaan yang diperlukan dalam memahami dan menyokong keluarga bantuan dengan berkesan melalui latihan yang sesuai. 

Latihan itu termasuk kemahiran mengurus emosi ahli keluarga yang timbul daripada pemenjaraan orang tersayang; pemahaman tentang ketagihan dadah dan cabaran dalam penyepaduan; ketahanan mental; amalan pemulihan dan penjagaan diri.

Terdapat juga rancangan untuk aliran kerja baru bagi memperdalami kerjasama, menyertai rakan kongsi komuniti baru dan menyelaraskan proses rujukan di peringkat serantau. 

Pelbagai pihak berkepentingan seperti kumpulan bantu diri, organisasi keagamaan, Agensi Perkhidmatan Sosial dan Pusat Khidmat Keluarga akan terlibat dalam mewujudkan sistem yang cekap untuk YRCP dalam berhubung dengan entiti perkhidmatan sosial tempatan, menyelaraskan usaha dan meningkatkan sinergi di kalangan rakan kongsi utama.

Semasa penglibatan media Reben Kuning, Dr Faishal serta Penasihat Akar Umbi Admiralty, Encik Vikram Nair turut membuat lawatan ke rumah salah seorang penerima YRCP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >