Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PMO: Jawatankuasa Hak Istimewa siasat kes Raeesah, bukan Pritam

Jul 21, 2023 | 07:38 PM



Dakwaan yang dibuat di media sosial bahawa Jawatankuasa Hak Istimewa telah bersidang untuk menyiasat ketua Parti Pekerja (WP) Encik Pritam Singh yang didakwa tidak mendedahkan pembohongan Cik Raeesah Khan adalah berdasarkan premis palsu.

Dalam satu kenyataan pada Jumaat, pejabat Akta Perlindungan daripada Kepalsuan dan Manipulasi dalam Talian (Pofma) berkata Menteri di Pejabat Perdana Menteri, Cik Indranee Rajah, yang juga Ketua Dewan, telah meminta pembetulan melibatkan pos Facebook yang dimuat naik pada Rabu.

Catatan di laman Facebook Andrew Loh itu, menggesa Jawatankuasa Hak Istimewa supaya meneliti kenyataan Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong, yang tidak mendedahkan pengetahuan beliau mengenai hubungan sulit mantan Speaker Parlimen, Encik Tan Chuan-Jin, dengan seorang Anggota Parlimen (AP) dan membenarkan Encik Tan mengekalkan jawatan itu.

Encik Lee pada Isnin berkata beliau mendapat tahu tentang hubungan sulit antara Encik Tan dengan mantan AP GRC Tampines, Cik Cheng Li Hui, selepas Pilihan Raya Umum 2020.

Menurut kenyataan itu, Pejabat Pofma diarahkan untuk mengeluarkan pembetulan kepada pengguna Facebook Andrew Loh dan arahan pembetulan khusus kepada pengguna TikTok, ‘jansenng1’ yang menerbitkan semula catatan Facebook Andrew Loh.

Satu kenyataan di laman web semakan fakta pemerintah, Factually, berkata catatan Encik Loh adalah palsu kerana Jawatankuasa Hak Istimewa itu menyiasat kelakuan Cik Raeesah “kerana bercakap pelbagai perkara yang tidak benar di Parlimen dan kerana gagal membuktikan dakwaan yang dibuat di Parlimen pada 3 Ogos 2021”.

Cik Indranee telah membuat aduan terhadap Cik Raeesah, yang ketika itu AP GRC Sengkang, kerana melanggar hak istimewa dan aduan mengenai kelakuan Cik Raeesah dirujuk kepada Jawatankuasa Hak Istimewa, tambah kenyataan itu.

Aduan itu bukan mengenai Encik Pritam, yang juga Setiausaha Agung Parti Pekerja dan “tidak merujuk kepada sebarang aspek kelakuan Encik Pritam”, katanya.

Kenyataan itu juga berkata Encik Pritam telah tampil sebagai saksi di hadapan jawatankuasa itu.

Dalam laporan yang dibentangkan jawatankuasa tersebut kepada Parlimen pada 10 Februari 2022, ia mendapati Encik Pritam mahu “menyembunyikan hakikat bahawa beliau telah mengetahui tentang pembohongan Cik Raeesah di Parlimen selama tiga bulan”.

Jawatankuasa itu juga mendapati bahawa Encik Pritam telah memberi kenyataan tidak benar kepada jawatankuasa tersebut dan ia mengesyorkan agar Parlimen merujuk kelakuan itu kepada pendakwa raya.

Pada 15 Februari 2022, Parlimen memutuskan untuk menerima cadangan jawatankuasa untuk merujuk Encik Pritam yang tidak berkelakuan benar itu kepada Pendakwa Raya.

Cik Indranee berkata: “Loh akan dikehendaki memasukkan notis pembetulan di atas pos, yang menyatakan bahawa catatan itu mengandungi kenyataan palsu dengan pautan kepada penjelasan pemerintah, supaya pembaca boleh membaca kedua-dua pos asal dan fakta dan memutuskan perkara yang sebenar.”

TikTok juga akan dikehendaki meletakkan notis pembetulan yang sama kepada pos pengguna TikTok ‘jansenng1’.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >