Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pemerintah akan perkukuh kerjasama dengan sektor hartanah cegah ubah wang haram

Nov 14, 2023 | 07:54 PM



Pemerintah akan bekerjasama dengan sektor hartanah bagi memastikan peraturan antipengubahan wang haram serta pembiayaan pengganasan dipatuhi, kata Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara), Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim.

Dr Faishal berkata Majlis Agensi Hartanah (CEA) akan bekerjasama dengan industri hartanah bagi mengenal pasti jurang dan membangunkan sistem atau keupayaan yang perlu untuk mencegah kegiatan tersebut.

Berucap di Persidangan Pegawai Eksekutif Utama (KEO) dan Pemimpin Persatuan Ejen Hartanah Singapura (SEAA) pada Selasa, Dr Faishal berkata sedang pemerintah tidak boleh mencegah sepenuhnya orang ramai daripada cuba menyalah guna sistem negara ini, “sumbangan dan usaha anda (dalam sektor hartanah) mampu mengesan dan menghentikan mereka daripada mula. Ini merupakan pencegahan yang amat kukuh.”

“Sebagai pemimpin dan profesional dalam industri anda, andalah ‘pengawal’ utama bagi menentang ancaman sedemikian dan mengekalkan reputasi Singapura sebagai sebuah pusat kewangan sejagat.

“Pada masa ini, kami memerlukan semua agensi dan ejen hartanah untuk melakukan pemeriksaan wajar ke atas klien anda.

“Sesiapa yang mempunyai alasan munasabah untuk mengesyaki bahawa mana-mana hartanah mungkin dikaitkan dengan amalan jenayah, diperlukan memfailkan Laporan Transaksi Mencurigakan,” katanya.

Menyentuh tentang pengubahan wang haram dan pembiayaan pengganasan, Dr Faishal berkata ekonomi Singapura mampu kekal bersaing dan menjadi pilihan banyak syarikat serta pelabur atas beberapa sebab.

“Ini tercapai hasil tadbir urus yang kukuh, landskap politik yang stabil, sekitaran terbuka dan telus, serta tenaga kerja yang bersaing yang mudah dimanfaatkan perniagaan.

“Kami mempunyai rangkaian kewangan meluas dengan akses mudah kepada modal dan perkhidmatan profesional sejagat,” katanya.

Selain itu, perniagaan dan pelabur percaya akan negara ini dan yakin dengan apa yang mampu negara ini tawarkan.

“Mereka tubuhkan syarikat mereka di sini, membawa bersama ilmu dan kemahiran kaya mereka, menyumbang kepada pertumbuhan dan kemakmuran ekonomi.

“Ini kemudian memanfaatkan pula pasaran hartanah kita, menarik pelaburan dan aliran modal,” tambahnya.

Namun, Dr Faishal menekankan bahawa manfaat sedemikian telah menarik sama mereka yang cuba mengeksploitasi sistem negara ini demi kepentingan mereka sendiri.

Beliau memetik bagaimana sekumpulan warga asing yang telah menyalah guna pasaran kewangan dan hartanah negara ini bagi kegiatan pengubahan wang haram dana mereka.

“Mereka ambil kesempatan sistem perbankan kita yang mesra perniagaan dan yang direka bagi menyelaras dan menggalak kegiatan yang diluluskan, dan sembunyi di bawah struktur korporat yang kompleks bagi mengelak daripada dikesan.

“Sektor hartanah kita juga tidak terlepas daripada kegiatan jahat sedemikian,” katanya.

Justeru, Dr Faishal berkata bahawa pemerintah mengambil serius hal ini dan akan bertindak keras ke atas sesiapa yang menyalah guna sistem bagi mengesahkan keuntungan yang haram.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >