Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Nota arahan pembetulan laman Asia Sentinel perlu bagi jangkauan luas

Aug 03, 2023 | 04:42 PM



Penerbitan dalam talian Asia Sentinel diarah untuk memapar nota pembetulan pada artikel yang mengandungi kenyataan palsu dan di laman web utamanya untuk memastikan notis itu menjangkaui seramai mungkin pembaca, seperti kepalsuan asal yang dikeluarkan, kata Menteri Negara Kanan (Perhubungan dan Penerangan), Dr Janil Puthucheary, di Parlimen pada Khamis.


Laman web itu telah disekat akses di Singapura selepas ia tidak memaparkan notis pembetulan di bahagian atas artikelnya dan bahagian atas laman utamanya, seperti yang diarahkan pihak berkuasa.

Demikian jawapan Dr Janil menyusuli soalan yang diutarakan Ketua Pembangkang, Encik Pritam Singh, yang membangkitkan kemungkinan “jangkauan yang melampau” apabila pihak berkuasa memerlukan nota pembetulan di bawah Akta Perlindungan daripada Kepalsuan dan Manipulasi dalam Talian (Pofma) untuk dipaparkan di laman web utama sebagai tambahan kepada nota pembetulan yang terdapat pada artikel asal.

“Kebohongan menular lebih pantas daripada kebenaran. Jadi anda perlu memastikan bahawa anda mempunyai perlindungan sebanyak mungkin apabila anda ingin membetulkan kepalsuan itu,” jelas Dr Janil.

Arahan Pofma telah dikeluarkan untuk menyangkal satu siri kenyataan yang diterbitkan Asia Sentinel pada Mei lalu, termasuk kenyataan bahawa Encik Lee Hsien Yang dan isterinya, Cik Lee Suet Fern, terpaksa meninggalkan Singapura kerana pemerintah telah mengancam mereka akibat pertelingkahan mereka dengan Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong.


Asia Sentinel juga menyatakan dalam kenyataan lain bahawa pihak berkuasa di Singapura mengancam untuk menamatkan penerbitan operasi Nikkei Asia di sini.


Pentadbir laman web itu kini telah memaparkan nota pembetulan Pofma pada artikel 24 Mei bertajuk ‘Killing The Chicken To Scare The Monkeys’, dengan nota editor di atas yang menyatakan: “Walaupun kami telah memaparkan permintaan pemerintah, kami tetap pegang teguh kepada cerita kami.”

Laman web itu telah muat naik pautan ke nota pembetulan di ruang sebelah kanan laman web utamanya.

Nota pembetulan itu tidak papar di bahagian atas laman seperti yang diperlukan dalam arahan Pofma yang dikeluarkan pada 26 Mei, jelas Kementerian Perhubungan dan Penerangan (MCI) pada Khamis.

Oleh itu, laman web yang berpangkalan di California itu telah disekat untuk pengguna Internet tempatan sejak Jun.

“Adakah ini pendekatan berlebihan, jika arahan pembetulan dipaparkan di laman web utama juga? Meletakkan pada artikel itu sendiri sudah memadai kerana kemudian pembaca akan tahu bahawa artikel itu adalah artikel yang telah ditandakan, bukan setiap artikel di laman web Asia Sentinel,” kata Encik Pritam.


Dalam jawapannya, Dr Janil berkata Asia Sentinel telah diarahkan untuk memaparkan notis pembetulan di bahagian atas artikel dan halaman utamanya untuk mencapai “sekurang-kurangnya jumlah pembaca yang sama dengan kepalsuan asal”.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >