Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Arahan Pofma dikeluarkan ke atas artikel Asia Sentinel

May 26, 2023 | 08:38 PM



ARAHAN pembetulan di bawah Akta Perlindungan daripada Kepalsuan dan Manipulasi Dalam Talian (Pofma) telah dikeluarkan ke atas Asia Sentinel berkaitan satu artikel yang dikatakan mengandungi kenyataan fakta yang palsu.

Artikel berjudul “Singapore kills a Chicken to Scare the Monkeys” bertarikh 24 Mei 2023 itu menyampaikan secara salah bahawa pemerintah Singapura mengancam mengakhiri operasi perniagaan Nikkei Inc di Singapura menyusuli artikel oleh Andy Wong berjudul “Kegagalan Institusi di Sebalik Penularan Terkini Covid” di Nikkei Asia pada 23 Julai 2021 (Artikel Nikkei Asia).


Artikel Asia Sentinel juga dengan salah menyampaikan bahawa peguam M Ravi digantung daripada meneruskan kerjaya guamannya selama lima tahun kerana mengkritik pemerintah.

Artikel itu juga menyatakan dengan salah bahawa Encik Lee Hsien Yang serta isterinya Cik Lee Suet Fern dipaksa meninggalkan Singapura kerana tindakan pemerintah yang mengancam terhadap mereka kerana bergaduh dengan Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong.

Menurut kenyataan Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA) pada Jumaat, artikel Nikkei Asia itu mengandungi banyak fakta tidak tepat. Seorang pegawai kanan daripada MHA telah memberi respons kepada artikel Nikkei Asia itu pada 28 Julai 2021, dengan memberikan faktanya.

Nikkei Asia menerbitkan respons MHA itu sebagai surat kepada editor pada 29 Julai 2021. Padahal pemerintah Singapura tidak mengancam untuk mengakhiri operasi Nikkei Inc di Singapura.

Encik M Ravi digantung daripada kerjaya sebagai peguam selama lima tahun bukan kerana beliau mengkritik pemerintah.

Beliau digantung kerana Mahkamah Tiga Hakim mendapati pelbagai dakwaannya terhadap Peguam Negara, Timbalan Peguam Negara dan pendakwa raya, serta Persatuan Guaman, telah cuai dan memandang rendah terhadap tunggak sistem perundangan Singapura dan akan menyebabkan kecederaan kepada keyakinan awam dalam kerjaya guaman serta pentadbiran keadilan di Singapura.

Seperti contoh Encik Ravi menuduh pihak pendakwa raya “berlebihan dalam pendakwaannya dan ini telah menyebabkan kepada hukuman mati (dalam kes Gobi)”.

Encik Ravi juga telah mengancam untuk memulakan perbicaraan terhadap Persatuan Guaman “sekiranya ia melayan sebarang aduan lanjut atau menyertai dalam sebarang gangguan oleh Peguam Negara untuk menggangu saya dalam melakukan kerja.”

Encik Lee Hsien Yang dan Cik Lee Suet Fern tidak dipaksa meninggalkan Singapura di bawah ancaman tindakan pemerintah kerana bergaduh dengan Encik Lee Hsien Loong, menurut kenyataan itu lagi.

Mereka meninggalkan Singapura selepas polis menjalankan siasatan ke atas mereka.

“Polis telah memulakan siasatan ke atas Encik Lee Hsien Yang dan Cik Lee Suet Fern atas kemungkinan kesalahan memberi bukti palsu dalam perbicaraan keadilan.

“Ini menyusuli dapatan oleh Mahkamah Tiga Hakim dan sebuah Tribunal Disiplin yang menyiasat dakwaan salah laku profesional terhadap Cik Lee Suet Fern bahawa Encik Lee Hsien Yang dan Cik Lee Suet Fern berbohong semasa angkat sumpah.

“Secara ringkasnya siasatan polis ini tiada kaitan dengan ‘pergaduhan bersama Encik Lee Hsien Loong’,” tambah kenyataan itu.

Pemerintah, kata kenyataan itu, mengambil serius komunikasi yang mengandungi kepalsuan berniat jahat.

“Menteri Ehwal Dalam Negeri telah mengarahkan Pejabat Pofma untuk mengeluarkan Arahan Pembetulan kepada Asia Sentinel berkaitan artikel itu.

“Asia Sentinel perlu mengeluarkan notis pembetulan bersama artikelnya itu,” ujar kenyataan itu lagi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >