Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

MOM: Jumlah pekerjaan tumbuh lebih perlahan pada suku kedua

Jul 27, 2023 | 04:22 PM



Jumlah pekerjaan di Singapura naik pada suku kedua 2023, tetapi pada kadar yang lebih perlahan berbanding sebelumnya, sekaligus menunjukkan tanda permintaan tenaga kerja semakin berkurangan.

Dalam laporan awal pasaran pekerja suku kedua 2023 yang dikeluarkan pada Khamis, Kementerian Tenaga Manusia (MOM) juga berkata kadar pemberhentian pekerja merosot selepas kenaikan tiga suku berturut-turut, manakala kadar pengangguran kekal rendah.

Jumlah pekerjaan, tidak termasuk pembantu rumah migran, naik sebanyak 23,700 pada suku kedua, kata kementerian itu.

Sedang ini merupakan suku ketujuh berturut-turut jumlah pekerjaan telah berkembang, ia berlaku pada “kadar yang lebih perlahan” berbanding suku-suku sebelumnya, kata MOM.

Ia meramalkan keadaan pasaran pekerja boleh menjadi lebih perlahan dalam suku-suku akan datang.

“Pertumbuhan jumlah pekerjaan yang semakin perlahan mencerminkan pertumbuhan ekonomi kita yang lebih sederhana dalam suku-suku sebelumnya, ekoran ketidaktentuan ekonomi global,” kata MOM.

Firma didapati lebih berhati-hati terhadap pengambilan pekerja dan kenaikan gaji, tambah MOM.

Peratusan firma yang berhasrat mengambil pekerja dalam tempoh tiga bulan akan datang turun kepada 58.2 peratus daripada 64.8 peratus, manakala peratusan firma yang berhasrat menaikkan gaji turun kepada 28 peratus, daripada 38.2 peratus.

Dalam tempoh terdekat, pertumbuhan pekerjaan boleh mereda dan menjadi tidak sekata merentas industri, kata MOM.

Sektor berkaitan pelancongan boleh terus bertambah baik, tetapi sektor berorientasikan ke luar seperti perdagangan borong serta maklumat dan komunikasi mungkin akan menjadi perlahan.

Menurut laporan itu, pertumbuhan tenaga kerja pada suku kedua diterajui oleh bukan penduduk, rata-rata dalam sektor pembinaan berikutan permintaan mantap untuk projek sektor swasta dan awam seperti perumahan.

Sebahagian besar pertumbuhan pekerjaan bukan penduduk dalam sektor itu datang daripada pemegang permit kerja, kata MOM.

Sementara itu, pekerjaan penduduk turun sedikit pada suku kedua, walaupun ia “masih kekal di atas paras sebelum pandemik”, kata MOM.

Penyusutan itu rata-rata berlaku dalam sektor perkhidmatan makanan dan minuman serta perdagangan runcit, sesuatu yang bukan luar biasa bagi separuh pertama tahun.

Sebaliknya, pekerjaan penduduk dalam sektor seperti perkhidmatan masyarakat, sosial dan peribadi, perkhidmatan kewangan, dan perkhidmatan profesional terus berkembang walaupun pertumbuhan lebih perlahan di tengah-tengah cabaran ekonomi global.

Menurut laporan MOM lagi, jumlah pemberhentian pekerja susut daripada 3,820 pada suku pertama 2023 kepada 3,200 pada suku kedua.

Penyusunan semula perniagaan atau penstrukturan semula merupakan sebab utama bagi pemberhentian kerja pada suku kedua, jelas kementerian itu, sambil menambah sektor perkhidmatan, terutama teknologi maklumat dan perdagangan borong, adalah penyumbang utama.

Bagaimanapun, MOM berkata kadar pemberhentian kerja dalam sektor perkilangan telah merosot, berikutan pemberhentian berskala besar dalam sektor itu pada suku pertama 2023 dan suku keempat 2022.

“Bilangan pemberhentian pekerja dalam baki sektor juga turun atau kekal stabil,” tambah kementerian itu.

Kadar pengangguran kekal tidak berubah pada Jun 2023 selepas naik pada April dan Mei, dengan kadar keseluruhan pada 1.9 peratus.

Kadar pengangguran pada Jun bagi penduduk ialah 2.7 peratus dan 2.8 peratus bagi warga.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >