Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Bahas Belanjawan: KEMENTERIAN PEMBANGUNAN SOSIAL DAN KELUARGA

Masagos: Gaji pekerja sektor khidmat sosial naik 4-15% mulai Apr

Mar 04, 2023 | 05:30 AM



GAJI bagi pekerja sosial dijangka akan meningkat antara 4 peratus dengan 15 peratus dan ini akan berkuatkuasa pada 1 April 2023.



Apabila dilaksanakan, lebih daripada 20,000 pekerja termasuk pekerja sosial, pakar psikologi, pendidik campur tangan awal serta pegawai jagaan akan meraih manfaat daripada garis panduan gaji baru ini bagi sektor khidmat sosial.



Demikian diumumkan Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF), Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, semasa perbahasan Belanjawan bagi kementeriannya pada Jumaat.



Semakan gaji sejajar realiti pasaran, tanggungjawab pekerja sosial



Menerangkan mengenai semakan itu, Encik Masagos berkata pihak kementeriannya telah menamatkan semakan Garis Panduan Gaji Sektor Majlis Kebangsaan Perkhidmatan Sosial (NCSS)



Menurut beliau, semakan itu diperlukan bagi memastikan ia sejajar dengan realiti gaji pasaran selain mengambil kira perubahan dalam tanggungjawab kerja serta gaji bagi peranan yang serupa dalam pasaran bersaing yang lain.



"Saya menggalak agensi khidmat sosial (SSA) untuk mengamalkan garis panduan itu agar dapat terus menarik dan mengekalkan bakat," ujarnya sambil menambah bahawa MSF dan NCSS akan menyokong usaha tersebut.



Akur dengan perkongsian yang diketengahkan Encik Seah Kian Peng (GRC Marine Parade) dan Cik Denise Phua (GRC Jalan Besar) dalam perbahasan Belanjawan bagi kementeriannya, Encik Masagos berkata golongan profesional ini wajar diberikan pengiktirafan dan disokong dalam pekerjaan mereka.



Lantaran itu, tambah Encik Masagos, langkah perlu diambil untuk menarik, melatih dan mengekalkan kakitangan dengan lebih baik.



Dengan semakan itu, seorang guru campur tangan awal yang menerima gaji sekitar $4,850 di bawah garis panduan sedia ada, akan menerima sekitar $5,230 selepas semakan itu.



Ini berdasarkan rujukan gaji yang diterbitkan oleh NCSS bagi pekerja yang "cekap dalam pekerjaan mereka".



Ini merupakan kali pertama sejak 2018 MSF dan NCSS telah menyemak garis panduan gaji sektor itu.



Turut menyentuh tentang isu gaji bagi golongan profesional dalam sektor ini ialah Menteri Negara Pembangunan Sosial dan Keluarga, Cik Sun Xueling.



Menjawab pertanyaan Encik Melvin Yong (Radin Mas), yang ingin mengetahui bagaimana pemerintah akan memastikan bilangan pendidik prasekolah yang mencukupi, Cik Sun dalam ucapannya, merujuk kepada langkah pemerintah untuk memastikan gaji sektor itu kekal berdaya saing.



Pemerintah telah mengumumkan peningkatan gaji bagi pendidik yang bekerja dalam prasekolah yang disokong pemerintah tahun lalu.



Agensi Pembangunan Awal Kanak-Kanak (Ecda), juga telah menawarkan gaji yang boleh dirujuk sektor lain apabila menyemak pakej ganjaran bagi pendidik mereka.



"Saya gembira untuk mengumumkan bahawa kita telah menyaksikan kenaikan 18 peratus dalam bilangan pendidik yang telah menyertai sektor ini," katanya.



Turut memberikan perkembangan terhadap bilangan pendidik jagaan awal, Cik Sun berkata buat masa ini terdapat lebih daripada 24,000 pendidik jagaan awal yang bertauliah dengan kadar bilangan mereka yang meninggalkan sektor itu sekitar 10 dengan 15 peratus sepanjang beberapa tahun lalu.



Sekurang-kurangnya, lagi 2,500 pendidik diperlukan menjelang 2025, tambahnya.



Di samping itu, Encik Masagos turut mengumumkan bahawa inisiatif Keluarga Sepanjang Hayat (FFL) akan diperluas ke sembilan bandar lain menjelang akhir tahun ini, dan kepada semua bandar menjelang 2025.



Sekitar 4,000 pasangan dan 20,000 ibu bapa dijangka akan meraih manfaat daripada program ini setiap tahun bermula tahun 2025.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >