Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kambing Australia tiba di S’pura bagi ibadah korban

Penyembelihan di Masjid Petempatan Melayu Sembawang pada Hari Raya Haji hingga Sabtu
Jun 28, 2023 | 03:44 PM



Sebanyak 500 kambing dari Australia telah tiba di Masjid Petempatan Melayu Sembawang, sedia untuk disembelih pada Hari Raya Haji.

Penyembelihan haiwan itu dikendalikan oleh Local Qurban Singapore, terdiri daripada Aaliyah’s Pte Ltd dan rakan kongsinya, Qurban.sg dan Alta Food and Agriculture Pte Ltd.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Qurban.sg, Encik Fadzuli Wahab, memberitahu Berita Harian bahawa 500 kambing itu telah diterbangkan dari Australia ke Singapura beberapa hari lalu dan tiba di Lapangan Terbang Changi pada Selasa.


Di Changi, pegawai Agensi Makanan Singapura (SFA) dan Ketua Kebajikan Haiwan Local Qurban Singapore, Dr Michael Patching, menjalankan pemeriksaan untuk memastikan semua haiwan itu berada dalam keadaan sihat dan sesuai untuk dikorbankan.

Kambing-kambing itu kemudian dimuatkan ke dalam lori dan dihantarkan ke Masjid Petempatan Melayu Sembawang.

Ibadah korban akan dijalankan di masjid tersebut selama tiga hari, iaitu pada Aidiladha 29 Jun, dan hari tasyrik pada 30 Jun dan 1 Julai.

Sesi korban pertama dijangka bermula 9.30 pagi pada 29 Jun selepas solat Aidiladha. Keseluruhan ibadah korban hari itu dijangka berakhir selepas solat asar.

“Kami telah menghantar e-mel kepada sohibul korban (orang yang melaksana ibadah korban) pada Selasa untuk memaklumkan jadual dan slot masa (penyembelihan kambing) mereka.


“Ada beberapa orang yang ingin datang ke masjid lebih awal jadi kami terpaksa menyusun semula jadual untuk menempatkan mereka,” kata Encik Fadzuli.

Menurut e-mel tersebut, sohibul korban dikehendaki mendaftar apabila tiba di masjid dan kemudian menunggu giliran mereka untuk menyaksikan penyembelihan.


Maksimum lima ahli keluarga, termasuk sohibul korban, boleh menyaksikan penyembelihan. Kanak-kanak juga dibenarkan menyaksikan ibadah tersebut.


Sebelum penyembelihan, sohibul korban harus memastikan namanya, yang terpapar di kaca televisyen, adalah betul.


Selepas penyembelihan, sohibul korban akan diiring ke sebuah kawasan lain untuk mengambil daging korban mereka. Masa menunggu seluruh proses itu dijangka mengambil masa antara 30 dengan 90 minit.


Encik Fadzuli berkata masih ada 113 kambing dari Australia yang belum ditempah. Mereka yang berminat masih boleh membuat tempahan hingga 1 Julai melalui laman web https://local.qurban.sg/.


Selain ibadah korban kambing dari Australia itu, Local Qurban Singapore juga mengendalikan korban 148 kambing dari ladang Hay Dairies di Masjid Al-Firdaus pada 29 dan 30 Jun.

Encik Fadzuli berkata tempahan untuk kambing Hay Dairies telah ditutup.

Menurut laman web Local Qurban Singapore, sohibul korban boleh membawa pulang antara 15-18 kilogram daging korban kambing Australia dan antara 30-42 kilogram daging kambing Hay Dairies.


Daging korban yang tidak diambil akan diagih kepada golongan memerlukan dan sukarelawan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >