Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Tempahan kambing korban SalamSG lebihi sasaran

5,227 ditempah, lebihi sasaran 4,500; tapi korban dalam negeri tidak tepati jangkaan
Jun 27, 2023 | 05:49 PM



Sebanyak 5,227 ekor kambing telah ditempah melalui SalamSG Korban kendalian Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) untuk Hari Raya Haji tahun ini.

Jumlah itu melebihi sasaran iaitu 4,500 ekor kambing.

Muis memberitahu Berita Harian (BH) bahawa tempahan telah ditutup pada Jumaat lalu dan semua kambing telah ditempah melalui 52 masjid serta portal dalam talian SalamSG Korban.


Menurut kenyataan media dikeluarkan SalamSG Korban pada Selasa, semua tempahan telah dikumpul oleh jawatankuasa itu dan diserahkan kepada Vendor Korban yang Diluluskan (AKV).

AKV akan menyelaraskan ibadah korban yang bakal dilakukan pada Hari Raya Haji, iaitu 29 Jun dan pada hari-hari Tasyrik – 30 Jun, 1 Julai dan 3 Julai – di Australia.

Muis berkata kambing korban akan disembelih di rumah penyembelihan yang disahkan halal di sana.

Pegawai SalamSG dan pegawai masjid akan hadir di tiga rumah penyembelihan di Australia untuk memastikan ibadah korban mematuhi keperluan agama dan syarat kontrak.

Setelah ibadah korban selesai, sohibul korban akan dihubungi oleh AKV untuk menguruskan penghantaran daging korban ke alamat rumah mereka.

Daging korban disumbangkan oleh sohibul korban akan dikumpulkan dan diagihkan kepada masyarakat yang memerlukan termasuk penerima zakat, pekerja migran sementara, dan keluarga individu yang dipenjarakan.

Pengerusi SalamSG Korban, Ustaz Khairul Anwar Aznan, mengucapkan terima kasih atas sokongan masyarakat terhadap inisiatif korban tahun ini.

“Alhamdulillah, kami berbesar hati dengan sokongan yang diberikan masyarakat dan kami komited untuk memberi pengalaman baik kepada sohibul korban kami.

“Walaupun operasi korban di masjid kini mungkin berbeza daripada zaman prapandemik, kami gembira untuk menyatakan bahawa sokongan padu daripada masyarakat adalah satu petunjuk baik tentang penerimaan masyarakat Islam terhadap amalan korban di luar negara.

“Ini menunjukkan bahawa masyarakat faham bahawa intipati korban tidak hilang dan keberkatannya tetap sama seperti amalan korban dilakukan dalam negara,” kata Ustaz Khairul Anwar.

Sementara itu, permintaan korban dilakukan dalam negeri tidak menepati jangkaan walaupun ia ditawarkan semula pada skala yang lebih besar selepas pandemik Covid-19, kata beberapa badan Melayu/Islam dan syarikat privet setempat.

Daripada 100 ekor kambing yang ditawarkan oleh Persatuan Muhammadiyah untuk ibadah korban setempat, hanya 50 ekor kambing telah ditempah.

Tahun ini merupakan kali pertama Persatuan Muhammadiyah melakukan korban setempat sejak Covid-19 bermula. Jurucakapnya berkata ibadah korban akan dilakukan di Pusat Muhammadiyah di 14 Jalan Selamat pada 29 Jun.

Satu lagi pengendali korban, FJM Consultancy, yang bekerjasama dengan Aliyah Rizq Holdings dan Shakira’s Butchery, berkata sekitar 200 daripada 320 ekor kambing telah ditempah tahun ini.

Pengarah Urusan FJM Consultancy, Encik Feisal Jamil Marican, berkata terdapat penurunan dalam permintaan korban setempat.

“Sebelum Covid–19, bilangan kambing yang diimport untuk korban berkisar antara 2,000 dengan 6,000 ekor.

“Mungkin penurunan dalam permintaan disebabkan oleh status ekonomi, langkah berjaga–jaga selepas pandemik, atau pola pemikiran yang ingin berjimat ketika memperuntukkan perbelanjaan,” kongsi Encik Feisal.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >