Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Eng Hen gesa pemimpin negara kekalkan keamanan, elak konflik fizikal

Jun 04, 2023 | 07:18 PM



MENTERI Pertahanan, Dr Ng Eng Hen, menekankan bahawa negara-negara mesti berusaha mengekalkan keamanan dan mengelak konflik fizikal di rantau ini.

Berucap di sesi plenari ketujuh Dialog Shangri-La (SLD) ke-20 mengenai topik Membangun Model bagi Keselamatan Hasil Kerjasama pada Ahad, beliau berkata belanjawan pertahanan yang mencukupi adalah teras
pada pencegahan pertahanan.


Menurutnya lagi, sedang peningkatan dalam perbelanjaan ketenteraan global tidak semestinya
sumber ketidakstabilan, dengan ketiadaan rangka kerja penglibatan yang strategik dan
kekangan bersama di mana kerjasama wujud walaupun terdapat persaingan keseimbangan itu berjauhan daripada pencegahan dan risiko konflik meningkat.

Dalam domain ekonomi, peralihan pakatan perdagangan dan kepentingan dasar ekonomi penduduk peribumi yang semakin meningkat juga merupakan pertukaran angin yang kuat lantas boleh memberi kesan kepada kestabilan serantau, ujar Dr Ng.

Turut memberi ucapan pada sesi plenari itu adalah Timbalan Perdana Menteri Australia merangkap Menteri Pertahanan, Encik Richard Marles, dan Timbalan Perdana Menteri Kemboja merangkap Menteri Pertahanan Nasional, Jeneral Tea Banh.

“Dan sememangnya terdapat banyak pergolakan geopolitik, tidak kurang kerana dua peristiwa penting
yang mengganggu – pandemik Covid-19 dan pencerobohan yang menyalahi undang-undang ke atas Ukraine oleh Russia.

“Apakah pelajaran dan penerapan yang harus digunakan untuk Asia? Saya fikir keutamaan yang penting adalah
pemimpin sesebuah pemerintah harus mengelakkan konflik fizikal di sini, sekurang-kurangnya untuk dekad yang mendatang untuk mencapai matlamat dan cita-cita kita. Konflik serentak di Eropah dan Asia merupakan satu bencana besar dan merosakkan masa depan untuk seluruh generasi.

“Sebagai pemimpin, kita mesti melakukan semua yang termampu untuk elakkan senario mimpi ngeri sebegini. Saya tidak fikir ada sesiapa di sini yang tidak bersetuju dengan kenyataan itu, tetapi malangnya realiti dan trajektori geopolitik menyimpang.” ujar Dr Ng.

Beliau mendedahkan bahawa perbelanjaan ketenteraan di serata dunia meningkat sepanjang dua dekad lalu dan dijangka akan meningkat lagi dalam dekad mendatang. Perbelanjaan ketenteraan global mencecah setinggi AS$2.2 trilion ($2.97 trilion) tahun lalu.

Negara Eropah Tengah dan Barat pula membelanjakan AS$345 bilion untuk pertahanan tahun lalu.

Menurutnya, secara dasar, jumlah ini melepasi apa yang dibelanjakan sewaktu Perang Dingin. Penyebab utama adalah perang Russia-Ukraine. Namun, meskipun tanpa konflik fizikal dalam rantau Asia-Pasifik ini, gabungan perbelanjaan ketenteraan telah meningkat kepada AS$575 bilion.

Jumlah ini adalah 45 peratus lebih daripada sedekad yang lalu. Mengecualikan China, perbelanjaan pertahanan meningkat hampir 30 peratus kepada AS$283 bilion dengan perbelanjaan ketenteraan ini dijangka kian bertambah dalam tempoh sedekad mendatang.

Dr Ng menambah, menjelang 2030, perbelanjaan ini akan mencecah hampir satu trilion (AS$) bagi Amerika dan setengah trilion untuk China manakala AS$180 bilion diramalkan bagi India; Jepun pula akan meraih lebih AS$60 bilion sama seperti Perancis sebelum ini dan sekitar AS$40 bilion bagi Australia.

Menjelang 2030, perbelanjaan ketenteraan Asean pula akan meningkat sebanyak 40 peratus kepada AS$130 bilion.

Dr Ng menambah perbelanjaan pertahanan yang meningkat ini bukan tanda atau sumber ketidakstabilan sebaliknya kerana ia menjadi teras pencegah pertahanan yang diamalkan Singapura, ia adalah belanjawan pertahanan yang cukup untuk mengekang pencerobohan.

Beliau juga menekankan kepentingan negara membangun dan mengekalkan saluran komunikasi bagi dialog, baik formal ataupun tidak, yang perlu wujud untuk mengurangkan dan mengelakkan konflik. Saluran itu harus dibina dari masa ke masa.

Di dalam rantau ini pula, negara anggota Asean telah berusaha menjalin kerjasama kententeraan dalam suasana terbuka dan inklusif bagi mengelakkan salah perkiraan dan demi membangun keyakinan dalam kalangan tentera serantau. Ini termasuk melibatkan Amerika, China dan rakan kerjasama dialog ‘Meeting-Plus’ Menteri Pertahanan Asean dalam latihan berbilang hala.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >