Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

DPM Wong: Pusat Barah baru dibuka demi tangani peningkatan pesakit

May 19, 2023 | 05:30 AM



SATU daripada empat warga Singapura berkemungkinan menghidap barah semasa hayat mereka, dengan ramai mengalaminya di usia lanjut.



Disebabkan itu, pembukaan Pusat Barah Nasional Singapura (NCCS) baru adalah tepat pada masanya, kata Timbalan Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong, di majlis pembukaan rasmi NCCS pada Khamis, menganggap pusat baru itu "lembaran baru dalam perjuangan kita menentang barah di Singapura".



"Hampir 40 peratus mereka yang disahkan menghadapi barah berusia 70 tahun ke atas. Jadi sedang penduduk kita semakin menua, kita boleh menjangkakan lebih ramai orang menghidapi barah," kata Encik Wong.



Bangunan setinggi 24 tingkat yang bernilai $820 juta itu terletak di 30 Hospital Boulevard dan dihubungi jambatan penghubung ke stesen MRT Outram Park.



Ia menempatkan kemudahan penjagaan barah, pemulihan, penyelidikan dan pendidikan, bertujuan menyediakan penjagaan lebih luas dan menyeluruh untuk pesakit barah.



Lima kali lebih besar daripada premis lamanya, NCCS baru menawarkan 64 bilik konsultasi, tujuh bilik rawatan dengan 108 kerusi sandar dan katil kemoterapi di Unit Rawatan Ambulatori (ATU), selain tiga teater pembedahan pulang hari dan dua bilik endoskopi.



Ketua Eksekutif NCCS, Profesor William Hwang, berkata terdapat keperluan berpindah bagi meningkatkan dan menambah perkhidmatan onkologi untuk pesakit barah.



"Matlamat utama kami ialah membina NCCS berkisarkan keperluan pesakit kami dan menyediakan pengalaman lancar sedang mereka melalui perjalanan barah mereka," ujar Prof Hwang.



Bahkan setelah selesai menjalani rawatan di NCCS, pesakit boleh menerima sokongan melalui pelbagai kumpulan sokongan yang ada untuk memastikan keperluan dan matlamat pemulihan mereka dipenuhi di Pusat Pemulihan Persatuan Barah Singapura (SCS) yang turut terletak di dalam bangunan baru itu.



Dalam pada itu, Encik Wong berkata sedang lebih banyak usaha dilakukan untuk memperluas pilihan rawatan barah di Singapura, terdapat keperluan untuk memastikan pilihan-pilihan ini boleh dimampui warga Singapura.



"Ini bermakna bekerjasama dengan doktor dan penyedia insurans kesihatan untuk mempromosikan rawatan yang terbukti secara klinikal dan kos efektif dalam sistem kami dan yang penting, mendekati syarikat ubat-ubatan untuk menurunkan harga mereka.



"Kami akan terus memantau keadaan dengan teliti dan mempertimbangkan cara terbaik untuk memastikan rawatan berpatutan dan kos efektif bagi semua warga Singapura," ujar Encik Wong.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >