Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Permintaan bagi kereta sewa melonjak

Oct 28, 2022 | 05:30 AM



HARGA premium bagi Sijil Hak Memiliki Kenderaan (COE) yang kekal tinggi tidak memberi motivasi kepada bakal pembeli untuk membeli kereta idaman mereka.



Pada masa yang sama, ia memperlihatkan trend lonjakan pada sektor penyewaan kereta.



Para penyedia khidmat kenderaan sewa seperti TribeCar, GetGo dan BlueSG menyatakan terdapat pertumbuhan pendaftaran sebanyak 25 peratus bagi separuh pertama tahun 2022.



Ketika dihubungi, tiga syarikat itu berkata mereka mengambil langkah menambah lebih banyak model kereta baru untuk memenuhi permintaan yang semakin bertambah.



Harga COE bagi bidaan separuh pertama bulan September 2022 melonjak kepada $113,000.



Dalam bidaan terbaru, harganya masih tinggi, iaitu pada pada harga $110,000.



Dengan jumlah pendaftaran kereta baru dalam tempoh yang sama turun 35.2 peratus daripada 25,678 kepada 16,640, kereta sewa baru membentuk sebahagian besar daripadanya.



Pemerhati industri berkata syarikat pemilik khidmat sewa kereta menyumbang sebahagian besar dalam kereta sewa baru serta menyumbang kepada peningkatan premium COE.



Pendaftaran kereta bagi perkhidmatan kereta sewa privet (PHV) seperti Grab dan Gojek meningkat sebanyak 8.4 peratus.



Kereta yang dipajak untuk perkhidmatan memandu sendiri atau khidmat kongsi kereta melonjak lebih daripada 46 peratus.



Sementara itu, syarikat yang baru memulakan operasi mereka pada Februari 2021 - GetGo - melihat 10 peratus daripada populasi pemandu Singapura, merupakan pengguna GetGo yang berdaftar.



Peningkatan itu menunjukkan bahawa syarikat sedemikian menambah kereta mereka kerana menjangka lebih ramai orang cenderung menyewa kereta untuk bersiar-siar dan tidak membeli kenderaan sendiri kerana premium COE yang tinggi.



Firma perkongsian kereta elektrik BlueSG mendaftarkan 109 kereta baru antara Januari dan Ogos tahun ini - tambahan 693 unit daripada yang sedia ada di jalan raya pada penghujung 2021.



Pada 23 September, BlueSG mengumumkan penambahan sehingga 500 unit kereta berkuasa bateri Opel Corsa-e kepada koleksi mereka untuk beberapa bulan akan datang.



Salah seorang pengguna khidmat TribeCar, Encik Muhammad Fitri Razali, berkongsi kepada BH bahawa beliau akan menyewa kereta bagi kegunaannya untuk riadah bersama isteri serta anak mereka.



"Saya akan menyewa lebih kurang lima jam, adakala lebih, untuk keluar beriadah bersama isteri dan anak saya,'' ujarnya.



Encik Fitri, yang bertugas sebagai seorang pemandu kren di PSA, menambah: "Harga sewa kereta berpatutan. Saya tidak kerap memandu dan menunggang motosikal untuk pergi kerja dan kegunaan harian.



"Jika nak bandingkan harga untuk memiliki kereta di Singapura, saya rasa ia lebih berbaloi untuk menyewa kereta pada bila-bila masa yang saya perlukan.



"Saya akan menyewa kereta beberapa kali dalam sebulan, biasanya pada hari tidak bekerja," katanya.




"Saya akan menyewa lebih kurang lima jam, adakala lebih, untuk keluar beriadah bersama isteri dan anak saya...

Harga sewa kereta berpatutan. Saya tidak kerap memandu dan menunggang motosikal untuk pergi kerja dan kegunaan harian.

Jika nak bandingkan harga untuk memiliki kereta di Singapura, saya rasa ia lebih berbaloi untuk menyewa kereta pada bila-bila masa yang saya perlukan.

Saya akan menyewa kereta beberapa kali dalam sebulan, biasanya pada hari tidak bekerja."

- Encik Muhammad Fitri Razali




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >