Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

50 kakitangan awam penuhi kriteria tanding jawatan Presiden

May 10, 2023 | 09:29 PM



SEKITAR 50 kakitangan awam memenuhi keperluan perkhidmatan sektor awam untuk bertanding dalam pilihan raya Presiden Singapura akan datang, kata Menteri Pendidikan Chan Chun Sing.



Dalam sektor swasta, kumpulan calon yang layak untuk dipilih sebagai Presiden pula berkembang dengan mendadak.



"Pada masa ini terdapat lebih daripada 1,200 syarikat dengan purata ekuiti pemegang saham pada atau melebihi $500 juta," kata Encik Chan dalam jawapan bertulis kepada soalan Parlimen yang difailkan oleh Anggota Parlimen Tanpa Kawasan Undi, Encik Leong Mun Wai pada Rabu.



Seseorang yang ingin melayakkan diri dengan memenuhi keperluan sektor swasta perlu berkhidmat sebagai ketua eksekutif syarikat sedemikian selama sekurang-kurangnya tiga tahun, yang bermaksud kumpulan itu mungkin lebih kecil daripada 1,200 orang.



Persoalan siapa yang layak untuk bertanding jawatan Presiden adalah penting, kerana Pilihan Raya Presiden dijangka menjelang September tahun ini.



Calon-calon yang ingin melahirkan kesediaan menyahut cabaran bertanding  di gelanggang perlu memenuhi beberapa syarat yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Pilihan Raya Presiden (PEC).



Calon yang layak untuk bertanding jawatan Presiden bukan sahaja perlu berstatus warga negara Singapura, tetapi juga harus tinggal di Republik ini selama sekurang-kurangnya satu dekad menjelang Hari Penamaan Calon.



Calon juga mestilah berumur 45 tahun ke atas.



Calon juga mesti memenuhi keperluan perkhidmatan sektor awam atau swasta PEC dalam tempoh dua dekad yang lalu, antara kriteria lain.



Keperluan perkhidmatan sektor awam termasuk memegang jawatan sebagai menteri, ketua hakim negara, Speaker Parlimen, peguam negara, pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, ketua juruaudit negara, akauntan negara atau setiausaha tetap sekurang-kurangnya tiga tahun.



Pilihan Raya Presiden Singapura terkini pada 2017 menyaksikan Puan Halimah Yacob menang tanpa bertanding kerana tiada calon Melayu lain yang layak.



Ia adalah pilihan raya yang dikhaskan untuk komuniti etnik tertentu - dalam kes ini, Melayu - kerana masyarakat itu tidak mempunyai wakil yang dipilih sebagai Presiden dalam lima penggal yang lalu.



Perlembagaan Singapura telah dipinda pada 2016 untuk menyimpan jawatan Presiden yang dipilih untuk calon kumpulan kaum tertentu jika belum ada Presiden daripada kumpulan itu untuk lima penggal Presiden terkini.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >