Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

4 dalam 10 tugas dalam sektor F&B perlu direka semula

May 25, 2023 | 02:40 PM



EMPAT dalam 10 pekerjaan dalam industri khidmat makanan akan perlu direka semula dalam tiga tahun mendatang untuk memastikan sektor itu kekal menarik bagi warga Singapura.

Perubahan sederhana hingga meluas akan diperlukan untuk meningkatkan skop dan tanggungjawab peranan, sebagai respons kepada kekurangan pekerja dan kemajuan teknologi.

Pekerjaan dalam sektor itu yang telah dikenal pasti untuk direka semula termasuk kru perkhidmatan dan pembantu dapur, cef eksekutif, pengarah operasi dan pengurus pelbagai cawangan.

Perubahan ini termasuk dalam Perancangan Perubahan Pekerjaan (JTM) bagi sektor Perkhidmatan Makanan yang diumumkan oleh Menteri Negara (Perdagangan dan Perusahaan), Cik Low Yen Ling, pada Khamis di Restaurant Asia 2023, simposium makanan dan minuman (F&B) selama tiga hari dan pameran perdagangan di Pusat Ekspo dan Konvensyen Sands.

Dibangunkan bersama Enterprise Singapore (Enterprise SG), Tenaga Kerja Singapura (WSG), SkillsFuture Singapore (SSG) dan Kementerian Tenaga Manusia (MOM) dengan firma khidmat profesional Ernst & Young, pelan transformasi itu mengesyorkan strategi bagi majikan dan pekerja untuk meningkatkan daya saing dan keupayaan mereka, lapor The Straits Times.


“JTM akan berfungsi sebagai kompas untuk membimbing syarikat dan pekerja dalam perjalanan transformasi pekerjaan mereka... Ia akan membantu mereka bersedia untuk masa depan kerja dalam sektor perkhidmatan makanan apabila persekitaran perniagaan berkembang,” kata Cik Low, sambil menyatakan bahawa industri perkhidmatan makanan menyumbang $4.5 bilion kepada ekonomi Singapura dan menggajikan sekitar 235,000 pekerja pada 2022.

Menurut Jabatan Perangkaan, sektor itu terdiri daripada hampir 12,000 syarikat F&B.

Cik Low berkata selain peralihan dalam keutamaan pengguna ke arah kemudahan, perkhidmatan yang diperibadikan dan pengalaman serta kesedaran tentang amalan mampan, kadar penggunaan teknologi untuk menambah atau melaksanakan tugas merentas operasi juga telah dipercepatkan disebabkan oleh pandemik Covid-19.

Tenaga kerja setempat yang semakin tua dan aspirasi kerjaya belia yang berubah juga telah membawa kepada persaingan lebih besar bagi pekerja.

Itu antara sebab terdapat keperluan bagi syarikat untuk mereka semula pekerjaan mereka dan meneroka pilihan seperti pekerja sambilan, tambahnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >