Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pelan ubah pekerjaan hotel dilancarkan, beri tumpuan teknologi, kemampanan

135 hotel dengan 18,000 pekerja setempat komited jalani transformasi, sedang industri pulih
May 19, 2023 | 05:30 AM



SEKITAR 135 hotel di Singapura dengan lebih 18,000 pekerja setempat telah menyatakan komitmen mereka untuk melakukan transformasi pekerjaan, sejajar dengan pelan hala tuju bagi industri itu yang dilancarkan pada Khamis.



Mengumumkan demikian di pelancaran Perancangan Perubahan Pekerjaan (JTM) untuk industri hotel, Menteri Tenaga Manusia, Dr Tan See Leng, berkata untuk mengekalkan pertumbuhan dan memenuhi permintaan pengguna, industri hotel mesti meneruskan usaha mentransformasikan dan membangunkan keupayaan.



Dalam satu kenyataan, Lembaga Pelancongan Singapura (STB) dan Tenaga Kerja Singapura (WSG) berkata JTM itu akan mengenal pasti bagaimana peranan dan kemahiran kerja akan terjejas oleh teknologi serta trend global dan tempatan dalam masa tiga tahun akan datang.



Ia juga akan membimbing pekerja dan majikan tentang kemahiran dan bakat yang diperlukan untuk kekal berdaya saing, inovatif dan mampan, agar industri itu dapat memanfaatkan peluang baru dengan tenaga kerja yang bersedia untuk masa depan.



Dalam ucapannya, Dr Tan berkata STB menganggarkan ketibaan pengunjung di Singapura pada 2023 akan mencecah sekitar 12 juta hingga 14 juta, dan resit pelancongan akan meningkat kepada sekitar $18 bilion hingga $21 bilion.



Industri hotel menyumbang kepada lebih 20 peratus daripada jumlah resit pelancongan pada 2022, dan menggajikan 44 peratus tenaga kerja sektor pelancongan pada Disember 2022.



Dr Tan berkata sebagai pelengkap kepada Perancangan Perubahan Industri (ITM) Hotel, JTM itu akan membantu industri perhotelan mempersiapkan pekerjanya untuk pekerjaan masa depan sedang industri itu memulakan fasa pertumbuhan seterusnya.



Beliau menambah terdapat tiga peralihan utama yang hotel perlu memberi tindak balas kepada iaitu teknologi sebagai pemboleh pertumbuhan utama, peningkatan penelitian terhadap komitmen kemampanan dan peningkatan persaingan untuk bakat.



Peralihan itu akan memberi ruang bagi peranan kerja baru dalam "Hotel Hari Esok" kata Dr Tan.



JTM itu telah mengenal pasti empat trend utama yang akan mempunyai kesan besar ke atas pekerjaan hotel iaitu jangkaan tetamu yang berubah sedang gaya hidup berkembang, kemampanan, landskap yang semakin berdaya saing dan aspirasi tenaga kerja yang berubah.



Ia turut menilai 87 peranan kerja semasa, dengan 40 daripadanya mungkin perlu direka semula.



Daripada 40 peranan itu, tujuh dijangka perlu direka semula dengan meluas disebabkan oleh peningkatan automasi yang didayakan oleh kecerdasan buatan, Internet Benda (IoT) dan robotik. Ini termasuk peranan seperti penyelaras jualan dan pegawai tempahan.



Lagi 33 pekerjaan masih memerlukan campur tangan manusia tetapi boleh disokong oleh teknologi, jadi "reka semula sederhana" diperlukan untuk memberi pekerja kemahiran dan keupayaan baru. Ini termasuk jurutera dan pengurus pengemasan kamar atau 'housekeeping'.



Bagi pekerjaan yang tidak memerlukan reka bentuk semula, beberapa peningkatan kemahiran masih diperlukan.



Hotel juga boleh mengkonfigurasi semula pekerjaan sedia ada dengan menggabungkan peranan pekerjaan dan melengkapi pekerja dengan set kemahiran baru.



Bagi mendorong hotel dalam perjalanan transformasi mereka, JTM itu membayangkan "Hotel Hari Esok" di mana hotel itu sendiri menjadi destinasi dan mempunyai tiga tema iaitu kemampanan, teknologi dan pewujudan tempat.



Hotel boleh mendapatkan bakat yang boleh melakar perjalanan kemampanan; meningkatkan produktiviti melalui teknologi; dan mencipta pengalaman yang bermakna di dalam dan sekitar hotel.




PERANCANGAN PERUBAHAN PEKERJAAN (JTM) UNTUK INDUSTRI HOTEL



 



■ Kenal pasti bagaimana peranan dan kemahiran pekerja akan terjejas oleh teknologi serta trend tempatan dan global dalam masa tiga tahun mendatang



■ Bimbing pekerja, majikan tentang kemahiran dan bakat yang perlu kekal berdaya saing, inovatif dan mampan, agar industri perhotelan dapat manfaatkan peluang baru dengan tenaga kerja yang sedia untuk masa depan



■ Kenal pasti empat trend utama yang beri kesan besar ke atas pekerjaan hotel iaitu jangkaan tetamu yang berubah sedang gaya hidup berkembang, kemampanan, landskap yang semakin berdaya saing dan aspirasi tenaga kerja yang berubah



■ Menilai 87 peranan kerja semasa, 40 daripadanya mungkin perlu direka semula.



- daripada 40 peranan itu, tujuh dijangka perlu direka semula dengan meluas disebabkan oleh peningkatan automasi yang didayakan oleh kecerdasan buatan, Internet Benda (IoT) dan robotik



- lagi 33 pekerjaan perlukan campur tangan manusia tetapi boleh disokong oleh teknologi. "Reka semula sederhana" perlu untuk beri pekerja kemahiran dan keupayaan baru.



- pekerjaan yang tidak perlu direka semula, peningkatan kemahiran diperlukan.



■ Saran agar hotel konfigurasi semula pekerjaan sedia ada, gabungkan peranan pekerjaan dan lengkapi dengan set kemahiran baru




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >