Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Rencana
33
0

Kian ramai di M’sia daftar nama anak sejak kecil untuk tunai haji

Jun 04, 2023 | 05:30 AM



SEMAKIN ramai rakyat Malaysia telah mula mendaftarkan nama anak mereka, malah pada usia bayi lagi, untuk menunaikan ibadah haji bagi memastikan mereka dapat melaksanakan rukun Islam kelima itu semasa hayat mereka.

Ini kerana jangkaan tempoh masa menunggu tahun giliran mengerjakan ibadat haji yang begitu lama bagi rakyat Malaysia, difahamkan menjangkau lebih 100 tahun.

“Memang sudah menjadi trend bagi ibu bapa di Malaysia sekarang mendaftarkan nama bayi mereka, bahkan ada yang baru selepas seminggu anak mereka itu dilahirkan, untuk mengerjakan ibadah haji,” kata satu sumber rapat dengan Lembaga Tabung Haji (TH) Malaysia.

TH masih belum menjawab pertanyaan Berita Minggu (BM) mengenai trend tersebut dan tempoh masa menunggu tahun giliran bagi menunaikan haji bagi rakyat negara itu.


Bercakap kepada BM dengan syarat namanya tidak didedahkan, sumber tersebut, berkata trend itu muncul memandangkan rakyat Malaysia perlu menunggu satu tempoh yang lama – secara umumnya selama lebih 100 tahun – untuk mendapat peluang menunaikan ibadah haji.

Sumber tersebut, bagaimanapun, tidak mendedahkan tempoh sebenar menunggu ‘Tahun Giliran Mengerjakan Haji’ itu kerana menyifatkannya sebagai “isu yang sangat sensitif”.

Pada tahun ini, kuota jemaah haji yang diberi kepada Malaysia adalah sebanyak 31,600 tempat, manakala jumlah yang sudah mendaftar untuk menunaikan haji, menurut laman rasmi TH adalah seramai 3.8 juta orang.

Pembahagian mudah membenarkan bahawa tempoh jangkaan masa untuk menunggu ‘Tahun Giliran Mengerjakan Haji’ di Malaysia adalah melebihi 100 tahun.

“TH difahamkan sedang berusaha memendekkan tempoh menunggu itu dengan membolehkan mereka yang lanjut usia membuat rayuan.

“Isu tempoh menunggu ini sangat sensitif dan kami faham rungutan mereka yang berhasrat mengerjakan ibadah haji ini.

“Ia merupakan urusan antara kerajaan dengan kerajaan. Kerajaan Malaysia juga sudah memohon kuota tambahan daripada Kerajaan Arab Saudi untuk menambah bilangan kuota haji Malaysia berdasarkan gambaran sebenar bilangan penduduk negara ini yang sudah bertambah,” kata sumber itu lagi.

Setakat 30 Mei, seramai 9,078 jemaah haji Malaysia sudah berada di Tanah Suci, meliputi 2,966 orang di Makkah dan 6,112 di Madinah, lapor Berita Harian Malaysia.


Penerbangan pertama yang membawa seramai 284 jemaah haji Malaysia tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Putera Mohammad Bin Abdulaziz, di Madinah, 21 Mei ini.

Mereka akan berada di Madinah selama enam hari sebelum berangkat ke Makkah hingga hari wukuf yang dijangka pada 27 Jun depan.

Ketika berada di Madinah, katanya, jemaah haji akan diberikan pelbagai pengisian berkaitan, antara lain menziarahi makam Rasulullah saw, kawasan Raudah dan tempat bersejarah di sekitar bandar ini.


Pengurusan Jemaah Haji Malaysia

Pendaftaran

Menurut laman rasmi TH, ia telah memperkenalkan sistem pendaftaran haji terbuka berdasarkan konsep “Mendaftar Dahulu, Didahulukan” sejak 1995 dan pendeposit (mereka yang membuat pendaftaran) akan diperuntukkan tahun untuk menunaikan ibadah haji berdasarkan tarikh dan masa pendaftaran haji dibuat.

Kos dan bayaran

Jemaah haji Malaysia, secara umum, dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu mengikut muasasah – yang diuruskan TH – dan mengikut pakej swasta – yang diuruskan Pengelola Jemaah Haji (PJH), serupa GSA di sini.

Difahamkan bahawa 80 peratus daripada 31,600 jemaah Malaysia mengikut pakej asas (muasasah) yang diuruskan TH, manakala 20 peratus lagi mengikut PJH.

Kos haji mengikut muasasah, menurut TH, adalah sebanyak RM30,850 ($9,061), manakala kos yang dikenakan PJH adalah lebih mahal dengan bayaran yang dikenakan lebih mahal mengikut kemudahan yang ditawarkan, seperti hotel yang dekat dengan Masjidil Haram atau Masjid Nabawi dan dekat dengan tempat melontar di Mina.

Kuota Haji

Kuota haji rasmi yang diberi kepada Malaysia adalah seperti yang ditetapkan kepada negara-negara dalam Pertubuhan Negara-Negara Islam OIC, yang berpandukan kepada Mesyuarat OIC pada 1988 di Amman, Jordan.

Di bawah aturan ini, kerajaan Arab Saudi telah menetapkan kuota haji setiap negara pada kadar 0.1% daripada jumlah penduduk negara berkenaan.

Dengan demikian, kuota rasmi haji Malaysia adalah sebanyak 31,600 orang (berasaskan perangkaan penduduk Malaysia pada masa kini).

Kuota rasmi bagi jemaah Singapura adalah 900, manakala Indonesia pula dibenarkan menghantar seramai seramai 229,000 jemaah.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >