Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

‘Nasi tiga negara’ jadi menu rebutan buat iftar di M’sia

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

‘Nasi tiga negara’ jadi menu rebutan buat iftar di M’sia

Apr 09, 2024 | 01:20 PM



‘Nasi tiga negara’ menjadi antara menu iftar paling popular dalam kalangan pelanggan bazar di Malaysia pada Ramadan 2024 ini.

Nasi Pakistan, Nasi Khao Mok dari Thailand dan Nasi Arab dari Timur Tengah membuatkan pelanggan sanggup beratur panjang walaupun terpaksa berjemur di bawah panas mentari.

Bagi pengusaha Nasi Pakistan No 1 Batu Pahat, Johor, Encik Azrul Hisham Basherahil, beliau tidak menyangka jualannya mendapat sambutan yang sangat memberansangkan daripada pelanggan bazar, sehingga ada yang sanggup mula beratur sejak 12 tengah hari.

Katanya yang memiliki restoran Nasi Pakistan di Jalan Soga, Batu Pahat, pada Ramadan 2024, beliau memilih untuk berniaga di bazar Shah Alam, Selangor, dan giat membuat promosi menggunakan media sosial terutama di akaun TikTok.

“Alhamdulillah Nasi Pakistan yang saya jual telah diolah resipinya sesuai dengan selera masyarakat tempatan di negara ini, jadi apabila mereka makan nasi itu tidaklah terasa kosong.







“Dengan berlaukkan ‘lamb shank’ yang resipinya saya olah daripada resipi sup tulang merah Singapura turut digemari ramai,” katanya kepada Berita Harian (BH).


Nasi Pakistan itu dijual pada harga sekitar RM55 ($15.60) setiap pek untuk nasi yang boleh dimakan untuk dua hingga tiga orang bersama ‘lamb shank’ yang agak besar saiznya.

Di Ipoh, Perak, menu Nasi Khao Mok atau juga dikenali sebagai nasi beriani Thailand yang dijual Cik Dania Sidek menarik ratusan pelanggan untuk beratur setiap hari di bazar Stadium Indera Mulia. Nasi Khao Mok dimakan bersama ayam goreng berempah, air asam dan salad.







Kata Cik Dania, beliau mula menjual Nasi Khao Mok di bazar sejak empat tahun lalu, namun terkejut dengan sambutan orang ramai terhadap menu jualannya pada 2024 ini, sehingga membolehkannya menjual 1,600 pek nasi itu hampir setiap hari.

“Saya mula menjual Nasi Khao Mok di bazar dengan jumlah kecil saja iaitu sekitar 5 kilogram (kg) setiap hari. Namun tahun ini (2024) jualannya sangat memberangsangkan sehingga capai lebih 100kg sehari. Ia sangat berbeza dengan tahun-tahun sebelum ini.

“Saya bersyukur kerana merekod jualan Nasi Khao Mok sepanjang Ramadan sebanyak 20,000 pek dalam tempoh kurang sebulan. Bayangkan dengan tenaga kerja hanya 30 orang, pelbagai cabaran kami lalui untuk memuaskan hati pelanggan,” katanya.

Satu lagi menu nasi yang amat popular di kalangan pelanggan bazar ialah Nasi Arab hasil air tangan mantan chef eksekutif di hotel terkemuka negara, Chef Ammar, yang berasal dari Palestin.

Sejak beberapa tahun lalu, Nasi Arab Chef Ammar yang menggunakan bahan masakan dibawa khas dari negara Timur Tengah, tular di media sosial sehingga beliau tidak menang tangan memenuhi permintaan pelanggan.







“Alhamdulillah hasil jualan di bazar mencecah RM300,000. Saya bersyukur dan berterima kasih kepada pelanggan yang sanggup berpanas dan beratur panjang untuk mendapatkan Nasi Arab ini. Saya masak dengan kasih sayang dan ikhlas untuk semua pelanggan,” katanya.

“Alhamdulillah, berkat sokongan pelanggan juga saya ada 43 pekerja yang membantu di dua bazar dan kini sudah mempunyai tiga kilang. Nasi Arab saya menggunakan bahan premium, justeru rasanya juga istimewa,” katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >