Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Sokongan kru drama ‘Bidadari’ bantu Suhaillah Salam selami watak

Tunjuk ajar pelakon veteran, pengarah serta sokongan sekeliling bentuk diri
Jun 30, 2023 | 05:30 AM



Perasaan puas hati dan syukur itulah yang mengisi ruang hati pelakon veteran Suhaillah Salam ketika ini.

Beliau membawa pulang dua trofi Pesta Perdana, Pelakon Wanita Terbaik Dalam Watak Utama – Drama Bersiri untuk lakonannya dalam Bidadari dan juga Pelakon Wanita Terbaik Dalam Watak Utama – Drama Khas/Antologi bagi telefilem Hari Raya Haji, Tiga Hari Ke Korban.


“Dicalonkan dalam dua kategori sudah membuatkan saya gembira dan bersyukur, apa lagi memenangi dua anugerah.

“Peserta bagi kedua-dua kategori semuanya sangat hebat dan berbakat,” kongsi Suhaillah yang bagaikan mimpi, selepas diumumkan sebagai pemenang dua kategori utama itu.

Beliau yang tidak dapat hadir bagi menerima piala Pesta Perdana di Teater Mediacorp tempoh hari dihubungi Berita Harian baru-baru ini.


Detik bermula dalam industri lakonan, beliau tidak pernah terfikir untuk membawa pulang trofi, bekerjasama dengan pelakon dan kru legenda serta diberi peluang untuk membuat penggambaran di luar negara.

Mengimbas kembali wataknya dalam drama bersiri, Bidadari sebagai Amelia, Suhaillah pada mulanya memang agak khuatir untuk memegang watak itu.


“Apabila mereka memberitahu saya tentang drama itu, saya bertanya kepada mereka, dengan siapakah saya akan berlakon bersama? Saya hanya mengetahui bahawa saya akan melakonkan watak isteri kepada Suzairhe Sumari.

“Kami berdua merupakan kawan baik dan kami mengenali keluarga masing-masing. Cuma saya kemudian mempersoalkan sama ada kami akan rasa kekok berlakon sebagai suami isteri,” tambahnya.

Suhaillah turut bersyukur sepanjang penggambaran, tiada kejanggalan atau rasa kekok timbul memandangkan pengarah dan penulis, Muhammad Mahfuz Mazlan menampilkan kedua-dua watak sebagai sahabat karib yang akhirnya menjadi pasangan kekasih.

Drama sosial tentang kehidupan mereka yang menawarkan diri untuk menjadi penggali kubur, bagi projek penggalian semula tanah Perkuburan Bidadari, itu menyentuh jiwa.

Tiga Hari Ke Korban pula memang sukar, kerana Mahfuz memberi saya banyak monolog. Babak yang sukar dilakonkan adalah ketika bersama Nenek, lakonan seniwati hebat Fauziah Nawi.


“Dengan emosi yang luar biasa dalam melakonkan watak-watak itu, saya rasa seperti ingin menangis tetapi tidak dapat berbuat demikian,” tambahnya kerana wataknya tidak banyak bercakap tetapi lebih banyak meluahkan emosi melalui ekspresi wajah dan gerak-geri.

Sebagai pelakon yang banyak menghabiskan masa bertahun-tahun lamanya dalam industri hiburan, Suhaillah percaya penting untuk pelakon muda mempunyai asas lakonan yang baik.

“Pastikan diri mereka itu mempunyai asas lakonan yang baik dan berhubung dengan realiti, kerana industri ini sangat kecil. Iringi impian dan visi anda dengan banyak doa dan fokus pada apa yang perlu dilakukan untuk menjalankan peranan itu sambil memberikan yang terbaik,” nasihatnya.

Semasa usianya 20-an tahun, dan sewaktu mengecap populariti sesudah menjayakan drama Cinta Bollywood bersama Datuk Aaron Aziz, Suhaillah berasakan bersikap tenang dan tidak terlalu rasa ghairah semasa melalui pengembaraan ini adalah lebih mudah diucapkan daripada dilakukan.


Tetapi ramai pelakon veteran yang bermurah hati, berkongsi pengetahuan dan petua mereka, yang kini meletakkan Suhaillah kepada kedudukan pelakon yang dianggap berjaya.

“Pelakon veteran kita ni sangat berpengetahuan dan tidak kedekut untuk berkongsi ilmu dengan saya. Mereka akan memberi saya nasihat tentang cara melaksanakan peranan saya dengan baik.

“Semasa kita buat persembahan secara langsung pun, mereka akan datang kepada saya dan menarik saya ke tepi untuk memberitahu saya bahawa saya melakukan sesuatu yang baik,” tambahnya.

Suhaillah yang telah membawa pulang enam trofi Pesta Perdana sepanjang kerjaya seninya, percaya bahawa kejayaan tidak boleh dicapai seorang diri sahaja.

“Lebih utama, mereka di belakang tabir memainkan peranan penting dalam setiap rancangan. Kadang-kadang skrip kami boleh menjadi sangat panjang dan sangat sukar untuk memprosesnya tetapi mereka begitu sabar dan akan menggembirakan kita dalam tempoh sukar itu.

“Dalam beberapa lakonan saya di mana saya menangis sepanjang hari, ia boleh meletihkan secara emosi. Mereka secara senyap-senyap akan meninggalkan tempat penggambaran untuk memberi saya ruang dan ia adalah perbuatan yang saya anggap sangat memahami. Itulah kenangan manis dengan kru penerbitan. Kadang-kadang mereka juga akan memeluk saya,” jelasnya.

Suhaillah sememangnya telah mendidik hatinya untuk bersyukur seadanya dengan segala peluang dan kejayaan yang diraihnya selama ini. Dengan kesyukuran itu, beliau yakin rezeki akan datang kepadanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >