Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Jerih perih sebelum dinobat Pengacara Terbaik

Era Farida sebak kenang arwah ibu penyokong ‘Nombor 1’
Jun 26, 2023 | 03:23 PM



Kali terakhir pelakon, pengacara dan pelawak Era Farida merangkul anugerah di Pesta Perdana adalah pada 2007 bagi Pelakon Wanita Terbaik dalam drama Susuk dan juga Personaliti Wanita Paling Popular.


Sekitar 16 tahun kemudian, Era Farida dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Pengacara Terbaik (Hiburan) bagi rancangan Berani Nyanyi? yang disiarkan pada 2022.


Rancangan itu juga telah memenangi Rancangan Paling Popular, terbitan Dua M, yang juga diacarakan Najip Ali dan Hafidz Rahman.

Kemenangan itu amat bererti buat Era yang diberi julukan ‘Cik Sal Boleh’ kerana watak yang dibawa dalam rancangan hiburan Kopi O Teh Tarik yang ‘melekat’ dengannya hingga ke hari ini.


“Saya amat terharu diberi anugerah ini. Sekian lama dalam industri hiburan, masih ada yang ingatkan saya,” ujar Era, 59 tahun, kepada Berita Harian apabila ditemui di Pesta Perdana 2023 di Teater Mediacorp baru-baru ini.


Era telah berkecimpung dalam industri hiburan lebih 20 tahun dan anugerahnya sebagai Pengacara Terbaik pada Pesta Perdana 2023 ini membuktikan bahawa hasil titik peluhnya selama ini dihargai. 

“Kemenangan ini satu pengiktirafan akan kesemua kerja keras yang tidak sia-sia. Sebenarnya Berani Nyanyi? sebuah rancangan yang tidak mudah untuk saya mengacara.


“Rancangannya lain daripada pengalaman saya mengacara sebelum ini. Saya harus sering menyesuaikan diri dengan situasi sekeliling dan harus lebih spontan. Sebagai pengacara rancangan ini, kami harus kerap mengolah kata-kata mengikut keadaan. Ini bermakna skrip tidak semestinya diikuti,” katanya.

Menurutnya, apabila mendapat tahu beliau dicalonkan bagi tiga anugerah (Pengacara Terbaik-Hiburan, Pelakon Wanita Terbaik dalam Watak Pembantu-Drama Khas/Antologi dan Pelakon Terbaik dalam Watak Komedi), beliau tidak sangka menerima pengiktirafan sebegini.

“Sudah lama saya tidak dicalonkan. Jadi tahun ini apabila dapat berita saya dicalonkan untuk beberapa kategori, perasaan yang dirasakan memang gembira dan bersyukur tidak terperi. Saya hanya gembira ramai masih lagi mengingati saya dan saya amat terharu,” ujarnya bersyukur.

Berani Nyanyi? menggandingkannya dengan Najip yang disifatkan sebagai gandingan serasi buatnya.


Apabila ditanya apakah antara cabaran mengacara rancangan Berani Nyanyi?, Era berkongsi sesuatu yang tidak diduga – pengalaman yang merobek tangkai hatinya.


“Selain keperluan untuk menjadi pengacara yang spontan, semasa merakam musim pertama Berani Nyanyi?, ibu saya meninggal dunia,” kongsi Era yang tidak dapat tahan air matanya yang mengalir.


Era akur adalah tidak mudah untuk meneruskan rakaman siri tersebut dengan keperitan kehilangan anggota keluarga tersayang. 

“Namun, saya faham saya harus bersikap profesional. Dengan sokongan rakan kerja lain dan Najip, saya tetap melaksanakan tugas secepat mungkin walaupun keperitan dan kesedihan membendung di dalam jiwa,” luah Era sambil menyentuh dadanya penuh rasa sebak.

“Ibu saya boleh dikirakan peminat ‘Nombor Satu’ saya. Beliau akan kumpulkan rencana surat khabar dan kesemua pencapaian saya. Maka itu, dengan kemenangan anugerah ini, saya dapat menggambarkan betapa gembira dan bangga beliau terhadap anugerah ini kalau beliau masih ada. Anugerah ini juga untuknya,” luah Era.

Beliau yang kini dalam pertengahan rakaman Berani Nyanyi? (Musim Kedua) menambah, kadangkala dirinya terimbas kenangan pahit pemergian ibunya semasa penggambaran dan ia amat menyayatkan hati.


Meskipun pilu hatinya, Era cekalkan semangat dan teruskan rakaman penggambaran.

“Saya tahu kalau ibu saya masih hidup, beliau juga akan menggalak saya untuk bekerja dan jangan bimbang,” tambah Era.

Dengan pengalaman Era dalam dunia hiburan yang luas, beliau menasihati agar bakat muda terus berjuang untuk cemerlang dalam bidang hiburan.

“Buat homework (kajian) dan perhatikan apa yang boleh diperbaiki. Bagi saya, walaupun sudah veteran dan bagi rancangan Berani Nyanyi? (Musim Kedua) ini, saya tonton semula siri pertama dan kritik diri sendiri. Kelakar ke? Apa yang boleh saya pertingkatkan? Apa yang berlainan yang boleh saya tambah?


“Yang terbaik adalah untuk perhatikan dan kemudian belajar daripada kesalahan anda sendiri ataupun gunakan sebagai teladan sesuatu insiden itu. Jangan tiru 100 peratus. Namun cari gaya sendiri, di situlah di mana tugasan atau homework anda mainkan peranan.


“Selain itu jangan putus asa dengan sebarang rintangan dan terus kekal berjuang untuk menjadi yang terbaik,” nasihat Era kepada generasi pelapis baru dalam dunia hiburan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >