Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Filem ‘Sheriff’ kutip lebih RM1j pada tayangan awal

Apr 19, 2024 | 03:45 PM



Belum apa-apa dan baru sahaja diadakan tayangan awal mulai 17 April, dah raih kutipan lebih RM1 juta ($285,415)?

Mungkin itulah tanda tanya yang bermain di fikiran ramai apabila filem arahan Syafiq Yusof, Sheriff, mencapai kutipan ‘box-office’ yang amat menggalakkan.


Kutipan itu membolehkan Sheriff berada pada tangga pertama ‘Carta 10 filem teratas’ yang ditayangkan di GSC Malaysia, malah, berjaya mengetepikan filem antarabangsa.


Syafiq bersyukur atas sambutan memberangsangkan pada tayangan awal tersebut, selain menyifatkan ia permulaan baik untuk Sheriff.


“Kami menjangka penonton akan pergi ke pawagam terutama pada hujung minggu ini untuk menyaksikan Sheriff. Kami berharap filem ini mampu menepati cita rasa penonton.


“Ajak rakan-rakan atau keluarga meluangkan masa bersama dengan menikmati Sheriff yang memaparkan subjek ‘polis tangkap polis’ daripada lakonan mantap pelakon tanah air.


“Kami ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada media dan pengendali pawagam dalam memberi sokongan padu kepada Sheriff,” katanya dalam satu kenyataan yang dilaporkan Berita Harian Malaysia (BHM).


Sheriff, yang telah memulakan tayangan rasmi pada 18 April di pawagam di seluruh Malaysia dan Singapura, diterbitkan dua syarikat penerbitan iaitu Skop Productions dan Astro Shaw.


Filem Sheriff dijayakan pelakon handalan seperti Zul Ariffin, Syafiq Kyle, Datuk Aaron Aziz, Azira Shafinaz dan Elizabeth Tan.


Sheriff menampilkan watak Nazri (lakonan Syafiq), iaitu seorang anggota polis daripada Jabatan Narkotik yang berasa masalah sindiket dadah didalangi Tony Ifrit (Aaron) semakin berleluasa.


Nazri terdesak untuk menyelesaikan kes itu sendiri kerana sering terlepas daripada cengkaman undang-undang apabila melalui proses penghakiman.

Pada masa sama, Sheriff (Zul), iaitu seorang anggota daripada Jabatan Integriti, dihantar Ketua Polis Negara untuk menyelesaikan kes ‘Meth Killer’. Dia ditugaskan bersama Nazri untuk berada di bawah satu jabatan.

Awal sebelum itu, Syafiq menerima dengan hati terbuka keputusan Lembaga Penapis Filem (LPF) yang memutuskan filem itu hanya boleh ditonton mereka yang berusia 16 tahun ke atas.

“Filem Sheriff tidak ada unsur ganas tapi mungkin sebab konsepnya membabitkan isu mengenai rasuah menyebabkan LPF meletakkan klasifikasi 16 itu.


“Ini memang suatu risiko kerana filem itu tidak boleh ditonton semua peringkat umur (klasifikasi U) termasuk kanak-kanak, tetapi, saya percaya klasifikasi yang ditetapkan itu berpatutan,” katanya kepada Harian Metro.


Mengulas cabaran mengarah filem itu pula, kata Syafiq, filem Sheriff menampilkan banyak watak ensemble (penting) dan tidak menampilkan hanya seorang hero atau heroin.


“Watak utama adalah Sheriff tetapi empat lagi watak lakonan Aaron, Syafiq Kyle, Azira Syafinaz dan Elizabeth Tan adalah penggerak cerita.


“Apa yang mencabar, saya perlu memberikan karakter semua watak itu seimbang. Saya juga sudah banyak kali bekerjasama dengan Zul sejak drama pertama arahan saya, Gerak Khas, pada 2011 hingga sekarang.


“Semua pelakon utama itu beri komitmen 100 peratus dan mereka juga menyukai skrip filem ini kerana banyak putar belit plot,” katanya.


Ditanya babak paling susah pula, kata Syafiq, adalah beliau perlu meletupkan kenderaan yang besar iaitu bas pekerja dengan kos mencecah RM50,000.


“Selama ini, saya hanya buat babak kereta terbalik dan sudah banyak kali buat babak kereta meletup. Tetapi letupkan kenderaan yang besar baru pertama kali,” katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >