Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Lana Nordin alami jangkitan kuman pada usus

Apr 19, 2024 | 03:09 PM



Pelakon, Lana Nodin, mengerang kesakitan dan disahkan mengalami jangkitan kuman pada usus yang mungkin berpunca daripada keracunan makanan.

Lana, 45 tahun, memaklumkan keadaan kesihatannya melalui hantaran Instagram (IG) pada petang 18 April.

Pelakon filem, Remp-it, itu memberitahu, beliau sakit perut sejak empat hari lalu dan keadaan bertambah buruk pada pagi 18 April.


“Doktor sahkan saya mengalami jangkitan kuman pada usus. Itu yang menyebabkan usus saya membengkak. Mungkin disebabkan itulah saya sakit perut sejak empat hari lalu. Pagi tadi saya sudah tidak tahan sangat dan minta dibawa ke hospital.

“Doktor beritahu jangkitan mungkin berpunca daripada tersalah makan atau keracunan makanan. Saya diberi antibiotik.

“Saya mohon maaf pada semua orang yang menghubungi. Saya tak larat menjawab panggilan anda kerana keadaan yang sakit ketika itu,” katanya.

Lana memohon doa agar cepat sembuh dan dapat pulang ke pangkuan anak-anak.

“Terima kasih kepada rakan artis yang bertanya khabar,” katanya.

Terdahulu, pengurus Lana, Jamal Salleh, mengakui terkejut apabila dihubungi pelakon itu yang menangis menahan kesakitan dan meminta supaya dibawa ke hospital.

“Lana hubungi saya sambil menangis, meraung menahan kesakitan dan mahu dibawa ke hospital dengan segera.”

Demikian kata Jamal yang terkejut apabila mendapat panggilan daripada Lana yang memaklumkan beliau tiba-tiba mengalami kesakitan yang teruk.

Jamal, bagaimanapun, bersyukur apabila Lana sudah dikejarkan ke hospital swasta di Ampang selepas menghubungi suaminya yang kebetulan tidak berada di rumah waktu itu.

“Malam tadi dia ada hubungi saya maklumkan sudah dua hari badannya rasa serba tak kena, tapi dia masih buat kerja seperti biasa.

“Jadi, saya nasihatkan supaya dia berehat secukupnya. Tetapi sekitar 11 pagi, dia hubungi saya beritahu mengalami kesihatan yang teruk.

“Saya minta dia hubungi suaminya segera kerana saya ada urusan kerja di luar waktu itu. Jadi, suaminya sudah bawa dia ke hospital. Lana sedang menjalani pemeriksaan kesihatan,” kata Jamal kepada Harian Metro.


Mudah-mudahan Lana beransur sembuh pada Syawal yang mulia ini. Masalah pemakanan memang merisaukan, ditambah dengan pelbagai kes jangkitan kuman yang kerap dilaporkan di media yang payah dicari punca atau sumbernya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >