Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Duo seiring sejalan tunjuk ‘taring’ vokal dan kreativiti

Juri ‘Big Stage’ puji kumpulan Hoondoo dan Dem Lepak Boyz jaya imbangi harmoni, melodi dan saling melengkapi
Jun 05, 2023 | 04:19 PM



BERTEMAN dalam setiap persembahan tidak semestinya mudah bagi kumpulan duo di pentas ‘Big Stage’ (Musim Kelima) yang masuk minggu kelima pertandingan pada Ahad.

Inilah yang diharungi kumpulan Hoondoo dan Dem Lepak Boyz yang perlu mengimbangi harmoni dan melodi untuk membawakan lagu masing-masing tanpa mengatasi satu sama lain dalam persembahan.

Perkara ini ditekankan juri tetap peraduan itu, Ajai dan Aina Abdul, dalam sidang media yang disiarkan secara langsung di YouTube.

Mereka memuji Dem Lepak Boyz yang menyanyikan lagu kumpulan Radja dari Indonesia, Benci Bilang Cinta, dengan menyisipkan unsur dangdut dalam lagu mereka.


Tiada kejanggalan bagi dua anggota kumpulan ini untuk beralih daripada satu genre muzik ke satu lagi genre muzik dengan segalanya kedengaran penuh harmoni dan ‘cantik’ susunan iramanya.

Kumpulan yang dianggotai Ahmad Zaidyansjah Ruddyansjah (Zaidy) dan Meor Ahmad Mukhris Mohd Sabri (Hazel) juga memenangi Anugerah Dominasi Persembahan Terbaik pada malam itu.

Kata Ajai:

“Dem Lepak Boyz memang menunjukkan prestasi yang sangat baik. Mereka benar-benar berkembang dari minggu ke minggu dan kini sudah dapat apa yang kami inginkan dalam sesebuah peraduan. Ini yang sewajarnya peserta buat... semakin hari, semakin baik dan selesa di pentas.

“Tenaga seiringan, keserasian dan juga harmoni dan melodi yang seiringan... mereka bawa kita ke dunia lain apabila masuk irama dangdut tadi.

“Kami lihat sebilangan peserta lain masih payah ‘tangkap’ jiwa di ‘Big Stage’. Persembahan mereka ada pasang surutnya.”

Mengenai Hoondoo – duo yang terdiri daripada Lee Seung Hoon dan Doo Jin Soo pula, Ajai berasakan mereka memang ada kelebihan menjiwai apa jua lagu walaupun bahasa yang disampaikan bukan bahasa ibunda mereka.

“Kalau kita dengar Hoondoo nyanyi, mereka boleh bawa apa jua lagu dan ‘feel’-nya sampai meskipun ia lagu Melayu,” kata Ajai lagi.

Hoondoo bagaimanapun mempersembahkan lagu yang terkenal di Korea pada Ahad iaitu, This Love oleh Davichi.


Menurut Lee, mereka tidak fikir lagu itu berada dalam zon selesa mereka.

“Kami hanya berikan yang terbaik bagi setiap lagu dan tidak terfikir akan menang di tangga pertama,” ujarnya.

Seperti yang dijangka ramai, Hoondoo merampas takhta markah tertinggi konsert minggu kelima daripada seorang lagi peserta kegemaran ramai, Waode dari Indonesia.

Setelah memukau ramai, Waode gagal berada di tangga pertama dan disifatkan belum dapat menyerap jiwa lagu, Janji Manismu, dendangan asal Aishah.


Sementara itu, peserta Singapura, Farhan Shah bernasib baik kerana meskipun berada di tiga tangga terbawah seperti minggu lalu, tiada penyingkiran yang berkuat kuasa.

Farhan yang menyanyikan lagu legenda Desy Ratnasari, Tenda Biru, mampu mara ke konsert minggu keenam.


Ajai menganggap Farhan memiliki suara yang baik tetapi sayangnya persembahan yang disampaikan serta teknik nyanyian tidak kena dan kedengaran kurang sampai ke hatinya selaku juri.

“Anda perlu belajar tentang irama... bagaimana nak pastikan segalanya selari ikut rentak. Pastikan ada kepelbagaian dalam penyampaian anda setiap minggu bukan setakat mengikut kebiasaan anda menyanyi,” ujar Ajai.

Farhan pula akur keputusan itu mengecewakan tetapi beliau masih ingin belajar memperbaiki dirinya dan tidak akan sia-siakan peluang yang diberikan untuk terus berada dalam peraduan itu.

“Saya cuma nak tahu apa kekurangan saya daripada Aina yang beri markah lebih rendah daripada Ajai. Ia satu perkara yang jarang berlaku,” jelasnya.

Peraduan pada Ahad turut melihat juri undangan, Datuk Ramli MS, memberi kata-kata perangsang buat peserta.

Kumpulan ‘girl group’ Coex misalnya diminta rajin berlatih untuk tempoh masa lebih lama setiap hari bagi pastikan vokal mereka itu dapat dipasarkan dengan jaya.

“Saya tahu anda semua mengambil masa lama sebab masih baru. Semua orang lalui fasa ini tetapi lebih banyak usaha perlu dilakukan untuk pastikan semua konsisten dan benar-benar faham apa yang ingin disampaikan,” jelasnya.

Nota: Big Stage 5 disiarkan setiap Ahad di saluran Astro Ria (Saluran 608, Singtel TV) mulai 9 malam.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >