Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Delfi Orchard ditawar bagi jualan kolektif $438j

Apr 18, 2024 | 04:17 PM



Pusat beli-belah Delfi Orchard yang berusia 40 tahun kini ditawarkan bagi jualan kolektif pada harga panduan $438 juta.

Firma hartanah City Developments Limited (CDL) adalah pemilik bagi kebanyakan unit kedai dan apartmen di bangunan hak milik strata itu.

Kompleks 11 tingkat itu terdiri daripada 150 unit hak milik strata, dengan 127 kedai dan 23 apartmen.

Sebanyak 126 unit tersebut dimiliki CDL, lapor The Straits Times (ST).


Beralamat di 402 Orchard Road, Delfi Orchard terletak di tapak pegangan bebas seluas 20,264 kaki persegi yang dikhususkan untuk kegunaan komersial, dan mempunyai kawalan ketinggian sehingga 20 tingkat.

Pada harga panduan $438 juta, hartanah itu dipasarkan pada harga sekitar $3,397 setiap kaki persegi setiap nisbah plot (psf ppr), jika ia dimanfaatkan secara komersial sepenuhnya, kata ejen pemasaran Savills Singapore pada 18 April.

Ini termasuk caj pembaikan tanah (LBC) sebanyak $7.6 juta, dan berdasarkan pembangunan semula sehingga 131,186 kaki persegi yang diluluskan.

Penjualan secara en bloc terbaru di kawasan Orchard adalah bagi kompleks komersial pegangan bebas Ming Arcade, yang dijual pada harga $172 juta pada Disember 2022, iaitu, $3,125 psf ppr – kadar tanah tertinggi dalam pasaran.

Sebelum ini pada 2022, pusat beli-belah Tanglin dijual pada harga $868 juta, atau $2,769 psf ppr, kepada syarikat hartanah Pacific Eagle milik keluarga Tanoto.

Pusat beli-belah Scotts Square berdekatan Orchard Road, dipasarkan pada Januari tetapi masih belum menarik pembeli bagi harga tawaran $450 juta, iaitu, $3,438 psf ppr.

Jualan kolektif Delfi Orchard adalah jualan pelaburan utama CDL yang ketiga dalam tempoh dua tahun, selepas ia berjaya menjual pusat beli-belah Tanglin dan Kompleks Golden Mile pada 2022.

Jika Delfi Orchard berjaya dijual, pemilik 23 apartmen berpeluang meraih antara $2.2 juta dengan $4.6 juta setiap seorang, menurut Savills.

Pemilik unit komersial pula bakal meraih antara $984,000 dengan $24 juta setiap unit.

Sebahagian besar hasil jualan akan diraih CDL kerana kumpulan itu adalah pemilik terbesar unit di bangunan tersebut.

Pengarah urusan bagi penjualan pelaburan dan pasaran modal Savills Singapore, Encik Jeremy Lake, berkata: “Delfi Orchard adalah satu lagi peluang yang jarang ada untuk pemaju yang ingin memperoleh tapak pembangunan semula di kawasan utama berdekatan Orchard Road.

“Dengan rancangan menarik untuk menghubungkan pengalaman seni, hiburan dan beli-belah di Orchard Road sebagai satu koridor bandar yang segar, Delfi Orchard berada di kawasan strategik untuk meraih manfaat daripada pembangunan semula secara besar-besaran.”




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >