Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Bank BNP Paribas akan kurangkan ruang pejabat dek kos sewa

Apr 04, 2024 | 04:58 PM



Bank BNP Paribas merancang mengurangkan ruang di menara pejabat utama di Singapura, di tengah-tengah kos sewa komersial yang meningkat di hab kewangan itu.

Beberapa sumber yang mengetahui perkara tersebut berkata bank Perancis itu, yang kini menghuni enam tingkat di menara Ocean Financial Centre di kawasan Raffles Place, dijangka tidak memperbaharui sebahagian ruang di ruang di pejabat utamanya itu, apabila pajakannya tamat pada akhir 2024.

Langkah itu akan membantunya mengurangkan kos perniagaan, tambah sumber tersebut yang tidak mahu dinamakan kerana perkara itu adalah urusan privet.

Mulai suku akhir 2024, BNP Paribas juga dijangka memindahkan sekurang-kurangnya 300 kakitangan, yang kebanyakannya pekerja belakang tabir di 20 Collyer Quay, ke Mapletree Business City, sebuah taman perniagaan di selatan Singapura, sebagai langkah mengosongkan ruang pejabat yang kini menempatkan sebilangan kakitangannya, menurut sumber tersebut.

Rancangan itu, bagaimanapun, belum muktamad dan boleh berubah, lapor The Straits Times (ST).


Banyak syarikat kini berusaha mengawal kos perniagaan sedang harga sewa komersial di sini meningkat menyusuli kemasukan banyak firma pengurusan kekayaan dan pejabat keluarga.

Ruang pejabat utama di kawasan pusat bandar melonjak pada suku pertama 2024 ke paras tertinggi dalam tempoh 15 tahun, menurut data firma runding cara hartanah, Jones Lang LaSalle.

BNP Paribas, yang mempunyai sekitar 2,000 kakitangan di Singapura, enggan mengulas dalam satu kenyataan e-mel.

Firma Keppel Reit, yang mempunyai pegangan majoriti dalam bangunan Ocean Financial Centre setinggi 43 tingkat itu, tidak segera menjawab permintaan melalui e-mel untuk memberi ulasan.

Taman perniagaan itu yang mempunyai ruang seluas 2.9 juta kaki persegi yang boleh disewakan, dimiliki Mapletree Pan Asia Commercial Trust, Dana Amanah Pelaburan Hartanah (Reit) yang disokong oleh Temasek Holdings.

Reit juga enggan mengulas.

Bank-bank utama di Singapura sudah sekian lama memilih untuk menempatkan kakitangan belakang tabir mereka di luar pusat bandar yang mempunyai kos sewa lebih rendah.

Tempat seperti Changi Business Park mempunyai Standard Chartered Bank, Citigroup dan DBS Group Holdings sebagai penyewa.

Gergasi media sosial, Meta Platforms juga merancang melepaskan ruang tujuh tingkat di South Beach Tower di sini pada akhir 2024, menurut The Business Times pada Februari.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >