Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

S’pura, Indonesia sedia teruskan hubungan bawah pimpinan baru masing-masing

Apr 26, 2024 | 05:58 PM



Singapura dan Indonesia bersedia untuk meneruskan perbincangan mengenai ekonomi hijau dan langkah bagi mewujudkan grid kuasa di seluruh negara Asia Tenggara, sedang kedua-dua negara melalui perubahan tampuk pimpinan dalam beberapa bulan akan datang.

Menteri Ehwal Luar, Dr Vivian Balakhrisnan, berkata pada 26 April dalam taklimat media bagi mengakhiri lawatannya di Jakarta bahawa mempunyai kuasa hijau di seluruh rantau adalah sebahagian daripada transformasi hijau di rantau ini.

Ini kerana Asean secara keseluruhannya, lebih bergantung kepada tenaga hijau dan bukannya berasaskan tenaga arang batu.

“Asean begitu tersebar dan begitu luas, jadi mendapatkan grid sebenarnya, saya percaya, dapat mengurangkan kos keseluruhan tenaga dan menjadikan Asean sebagai industri yang lebih berdaya saing,” kata Dr Balakrishnan, menjawab soalan Berita Harian.


Semasa lawatannya selama seminggu di ibu negara Indonesia, Dr Balakrishnan bertemu dengan Presiden yang dipilih, Encik Prabowo Subianto, yang akan memulakan penggalnya pada Oktober.

Dr Balakrishnan turut kagum dengan kejelasan dan keazaman Encik Prabowo untuk memimpin dan membuat perubahan, dan pada masa yang sama, membina asas yang telah diletakkan oleh Presiden Indonesia, Encik Joko ‘Jokowi’ Widodo.

“Maka, sudah tentu, dari segi dua hala, saya menjangkakan kesinambungan menjadi tema utama hubungan kami,” kata Dr Balakrishnan.

“Semakin banyak kita bersepadu, lebih banyak kita menggandakan kerjasama. Lebih banyak kita memudahkan pelaburan ke dalam sektor produktif, lebih banyak kita lakukan dalam ekonomi hijau, dan lebih banyak yang kita capai dalam bidang digital.

“Jadi ya, saya menjangkakan kesinambungan selanjutnya integrasi, dan pengembangan peluang, secara dua hala, serta berdasarkan Asean,” tambahnya.

Dr Balakrishnan telah bertemu dengan beberapa tokoh politik dan perniagaan semasa lawatannya, termasuk mantan presiden, Encik Susilo Bambang Yudhoyono dan Cik Megawati Soekarnoputri.

Beliau juga bertemu mantan Gabenor Jakarta, Encik Anies Baswedan; adik Encik Prabowo, Encik Hashim Djojohadikusumo, dan menteri-menteri utama dalam kabinet Encik Jokowi.

Pada 26 April, beliau mengadakan kunjungan hormat ke atas Encik Jokowi, selepas bertemu rakan sejawatannya, Cik Retno Marsudi.

Pertemuan itu adalah dalam rangka persiapan menghadapi rahat tahunan pemimpin Singapura-Indonesia, yang akan diadakan di Bogor, Jawa Barat pada 29 April.

Rahat tersebut adalah yang ketujuh antara pemimpin Indonesia dengan Singapura.

Menurut Dr Balakrishnan, format itu, yang disifatkannya sebagai “sangat produktif, membina” dan “banyak dilakukan dalam masa yang singkat” , akan terus kekal dengan pemimpin baru kedua-dua negara.

Lawatan Encik Lee akan menjadi lawatan terakhir beliau sebagai pemimpin, sebelum beliau menyerahkan jawatan kepimpinan kepada Timbalan Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong pada 15 Mei.

Encik Wong dijangka menyertai rombongan Encik Lee dalam rahat itu, yang akan diadakan di Istana Presiden di Bogor.

“Ini menandakan kepentingan hubungan dua hala Singapura dan Indonesia,” kata Menteri Luar Indonesia, Cik Retno Marsudi di Istana Presiden di Jakarta.

Menurut Cik Retno, rahat itu akan membincangkan beberapa isu termasuk keselamatan makanan, peralihan tenaga, dan pembangunan ibu negara baru, Nusantara.

Singapura telah menjadi sumber terbesar pelaburan langsung asing bagi Indonesia, sejak sedekad lalu.


Menurut data Kementerian Pelaburan Indonesia, realisasi pelaburan langsung asing dari Singapura antara Januari dengan Disember 2023, berjumlah AS$15.4 bilion ($20.9 bilion).


Indonesia merupakan salah satu daripada tiga pasaran sumber pelawat teratas untuk Singapura pada 2023, selain China dan India, yang bersama-sama menyumbang hampir 40 peratus daripada jumlah ketibaan pelancong antarabangsa, menurut perangkaan sektor pelancongan Singapura.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >