Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Respons dunia bagi pandemik masa depan sedang dibincangkan: WHO

Dunia tidak boleh teruskan dengan respons yang sama selepas Covid-19, kata ketua Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Encik Tedros Adhanom Ghebreyesus.
May 22, 2023 | 08:22 PM



GENEVA: Satu perjanjian baru pandemik yang sedang dirundingkan dijangka menjadi ‘persetujuan bersejarah’ yang menandakan perubahan dramatik dalam pendekatan bagi keselamatan kesihatan global, kata ketua Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Encik Tedros Adhanom Ghebreyesus, pada Ahad.


“Kita tidak boleh meneruskan begitu sahaja seperti sebelumnya,” kata Encik Ghebreyesus, semasa merasmikan perhimpunan agung WHO di Geneva.

Negara-negara anggota WHO telah mula merundingkan satu perjanjian antarabangsa yang bertujuan untuk memastikan dunia ini lebih bersedia untuk mencegah atau lebih efektif merespons apabila dilanda pandemik seperti Covid-19.

Proses menyiapkannya masih lagi di peringkat awal, tetapi matlamatnya adalah agar perjanjian itu dapat dicapai apabila tiba masanya diadakan Perhimpunan Kesihatan Sedunia, pada Mei 2024.

“Perjanjian pandemik yang sedang dirundingkan sekarang oleh negara-negara anggota, mesti bercorak ‘perjanjian bersejarah’, bagi menjadikannya satu perubahan paradigma dalam keselamatan kesihatan global, dengan menyedari bahawa ia mempunyai jalinan dengan nasib kita semua,” kata Encik Ghebreyesus, pada hari permulaan perhimpunan selama 10 hari itu.

Itu juga mesej daripada barisan sebilangan penceramah terkemuka, pada Ahad lalu itu.

“Saya berharap, rundingan yang diadakan sekarang mengenai pencegahan pandemik, persediaan dan respons, menghasilkan satu pendekatan berbilang cara yang dapat menyelamatkan nyawa,” kata pemimpin Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Encik Antonio Guterres, yang menyampaikan amanatnya melalui rakaman video.

Sementara itu, Presiden Timor-Leste, Encik Jose Manuel Ramos-Horta, menarik perhatian bahawa “setiap negara, kecil atau besar, kaya atau miskin, bersungguh-sungguh untuk memberikan respons yang memadai terhadap pandemik”.

“Ini mengingatkan kita bahawa kita mesti mendirikan rumah sebelum ribut melanda, dan bukan semasa ribut melanda.”

Pandemik telah mengakibatkan dunia porak-peranda dan secara rasmi telah membunuh hampir tujuh juta orang, dengan angka sebenar dipercayai hampir 20 juta.

Awal bulan Mei ini, Encik Tedros telah mengisytiharkan krisis Covid tidak lagi merupakan dharurat kesihatan global.

Tetapi, beliau menegaskan pada Ahad lalu bahawa “Covid-19 masih lagi ada bersama kita, ia masih membunuh, ia berubah dan masih memerlukan kita semua memberikan perhatian”.

“Kita mungkin sudah keluar daripada kegelapan itu tetapi ini adalah masanya untuk menoleh ke belakang dan mengingati terowong panjang yang gelap itu dan maju ke hadapan dengan membawa pengajaran yang amat menyakitkan,” ujar beliau.

Menambah, beliau berkata: “Yang utama daripada pengajaran itu adalah, kita boleh menghadapi ancaman dan memberi respons secara bersama-sama. Jika ini dipersetujui, maka perjanjian pandemik ini akan menjadi yang kedua sejak WHO ditubuhkan 75 tahun yang lalu.

Encik Tedros menggariskan kejayaan pertama, iaitu Rangka Kerja Konvensyen mengenai Pengawalan Tembakau (FCTC), telah diterima pakai genap 20 tahun lalu.

Sejak itu, kata beliau, gejala merokok telah banyak berkurangan, sekitar satu pertiga secara global.

“FCTC itu adalah suatu bukti nyata, kuasa perjanjian global untuk menggerakkan paradigma berkaitan kesihatan global,” kata beliau lagi, sambil menyuarakan harapan agar perjanjian pandemik ini akan dapat membuatkan hasil yang sama. – AFP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >